Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/773704
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShamin Mohd Saffian, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNor Asyikin Mohd Tahir, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Makmor Bakry, Prof. Dren_US
dc.contributor.authorNg Jia Wei (P110261)en_US
dc.date.accessioned2024-04-19T00:42:59Z-
dc.date.available2024-04-19T00:42:59Z-
dc.date.issued2024-04-04-
dc.identifier.urihttp://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/773704-
dc.description.abstractDabigatran adalah sejenis penghalang langsung trombin yang digunakan dalam mencegah tromboembolisme pada pesakit dengan fibrilasi atrium (AF) dan beberapa keadaan lain. Terdapat hujah pengukuran kepekatan dabigatran mungkin diperlukan dalam beberapa keadaan seperti semasa kejadian pendarahan atau strok. Selain itu, kepekatan dabigatran berkaitan dengan risiko pendarahan dan strok. Walaupun telah diluluskan dalam kegunaan klinikal di Malaysia selama lebih satu dekad, sedikit yang diketahui tentang keselamatan dan keberkesanan dabigatran di Malaysia. Maka, tiga kajian telah dijalankan untuk mencapai tujuan membentuk pemahaman yang lebih baik tentang keselamatan, keberkesanan dan variasi terapi dabigatran. Kajian sistematik dan analisis meta telah dijalankan untuk mengumpulkan kepekatan dabigatran dari kajian pemerhatian yang melibatkan populasi berbeza untuk mendapatkan kepekatan yang lebih terkumpul. Kajian kedua dijalankan secara retrospektif untuk menyiasat risiko peristiwa tromboembolik dan pendarahan pada pesakit Malaysia yang mengambil dabigatran di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), manakala kajian ketiga dijalankan adalah secara prospektif di HCTM untuk menentukan kepekatan dasar dabigatran dalam populasi Malaysia. Keputusan kajian pertama melaporkan kepekatan puncak yang dikumpulkan adalah 133 ng/mL, manakala kepekatan dasar yang dikumpulkan adalah 80 ng/mL. Kajian kedua mendedahkan risiko kejadian tromboembolik sebanyak 2.02 setiap 100 tahun-pesakit, manakala kejadian pendarahan adalah 4.94 setiap 100 tahun-pesakit, di mana risikonya paling tinggi dalam enam bulan pertama selepas memulakan dabigatran. Beberapa peramal potensi pendarahan yang dikenal pasti adalah kanser, umur pesakit, tahap kreatinin serum, dan penggunaan serentak antiplatelet. Keputusan kajian ketiga menunjukkan purata kepekatan dasar dabigatran adalah 65 ± 52.3 ng/mL pada pesakit Malaysia, dengan variasi antara individu sehingga 20 kali ganda. Kepekatan dasar didapati berkorelasi dengan skor CHA2DS2-VASc, tahap kepatuhan pada ubat, kadar penapisan glomerulus dianggar (eGFR), hipertensi, dan penggunaan serentak antiplatelet. Kesimpulannya, hasil penyelidikan ini menunjukkan dabigatran adalah selamat dan berkesan, dan menyokong pemantauan kepekatan dabigatran pada pesakit tertentu yang berisiko tinggi untuk mengalami pendarahan atau strok. Kepekatan dabigatran terkumpul yang dicadangkan adalah selaras dengan kajian-kajian lain, dan pemahaman yang lebih baik tentang terapi dabigatran dalam amalan klinikal telah dibentuk, terutamanya dalam populasi Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectThrombinen_US
dc.subjectCoagulantsen_US
dc.subjectAtrial Fibrillationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKeselamatan, keberkesanan dan variasi terapi dabigatranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages200en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keselamatan, keberkesanan dan variasi terapi dabigatran.pdf
  Restricted Access
Full-text3.55 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.