Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/773595
Title: Inisiatif penambahbaikan penyampaian perkhidmatan klinik kepatuhan terapi ubat-ubatan diabetes (diabetes medication therapy adherence clinic)
Authors: Fahmi Hassan (P100391)
Supervisor: Ernieda Md. Hatah,Prof. Madya Dr.
Chong Wei Wen, Dr.
Adliah Mhd Ali, Dr.
Keywords: Medication Therapy Management
Medicare Part D
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Mar-2024
Abstract: Perkhidmatan Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic (DMTAC) telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2004. Walaupun perkhidmatan berjaya mendatangkan hasil yang baik, hanya 0.4% pesakit diabetes menerima perkhidmatan ini. Kajian ini dijalankan bagi menilai kaedah penyampaian perkhidmatan, mencari faktor yang dikaitkan dengan kadar penerimaan perkhidmatan yang rendah, dan seterusnya memberi cadangan inisiatif penambahbaikan penyampaian perkhidmatan DMTAC dengan lebih berkesan. Kajian ini melibatkan empat projek. Pertama, penilaian retrospektif perkhidmatan DMTAC di lima fasiliti kesihatan. Sampel rekod pesakit DMTAC dibahagikan kepada kumpulan pesakit yang hadir sekurang-kurangnya 4 lawatan (n = 99), dan mereka yang tercicir dari perkhidmatan DMTAC (kurang dari 4 lawatan) (n = 100). Keputusan menunjukkan terdapat hubungkait yang signifikan di antara keciciran DMTAC dengan jantina, tahap pendidikan dan jumlah tahun didiagnos diabetes (P < 0.05). Pesakit yang hadir ke empat sesi DMTAC atau lebih menunjukkan kawalan HbA1c (P=0.009) dan paras gula berpuasa (P=0.027) yang lebih baik berbanding pesakit yang keciciran. Kajian kedua melibatkan kajian kualitatif temubual separa berstruktur ke atas pesakit bagi menilai perspektif mereka mengenai keberkesanan, fungsi perkhidmatan dan kekurangan perkhidmatan DMTAC. Sejumlah 32 orang pesakit telah ditemubual dan tiga tema utama dikenalpasti iaitu peranan program dalam memenuhi keperluan pesakit, kualiti dan keberkesanan penyampaian maklumat, dan ketercapaian dan kemudahcapaian perkhidmatan. Satu sorotan skop bagi mengenalpasti strategi intervensi dan model perkhidmatan program pengurusan pesakit diabetes oleh ahli farmasi di seluruh dunia dijalankan di kajian ketiga. Sejumlah 4370 artikel dijumpai melalui carian sistematik dan 61 artikel dipilih berdasarkan kriteria inklusi kajian. Didapati terdapat variasi dalam strategi intervensi pesakit diabetes semasa perkhidmatan ahli farmasi yang boleh diklasifikasikan kepada: pendidikan berkaitan diabetes, sorotan ubatan, kaunseling ubat, intervensi klinikal, perubahan gaya hidup, sokongan rakan, dan intervensi tingkah laku. Seterusnya, kajian keempat melibatkan sorotan sistematik untuk jenis strategi intervensi bukan farmakologi dan alat bantu dalam pengurusan pesakit diabetes di Malaysia. Sebanyak 22 hasil kajian ditemui dengan strategi intervensi bukan farmakologi yang berikut iaitu: pendidikan diabetes, pemerkasaan pesakit, sokongan terhadap pematuhan ubat, perubahan gaya hidup, intervensi psikologi dan membuat keputusan bersama. Beberapa alat bantu kepada perkhidmatan juga telah dikenalpasti. Hasil kajian yang diperolehi digunakan bagi membangunkan rangka kerja penyampaian perkhidmatan DMTAC dengan strategi intervensi terfokus dalam penyampaian perkhidmatan seperti pemilihan pesakit, penyampaian berorientasikan keperluan atau masalah berkaitan ubat pesakit, jumlah lawatan susulan, pengunaan alat bantu pendidikan yang bermanfaat bagi meningkatkan efisiensi perkhidmatan dan kadar penerimaan perkhidmatan di kalangan pesakit diabetes
Pages: 206
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.