Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/773225
Title: Pembangunan modul pengajaran bertema industri sawit mampan Malaysia sekolah menengah
Authors: Muhanizah Ahmad Mokhtar (P101130)
Supervisor: Nurfaradilla Mohd Nasri, Prof. Madya Dr.
Ruhizan Mohamed Yasin, Prof. Dr.
Keywords: High school teaching
Oil palm
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Sep-2023
Abstract: Sehingga kini industri sawit masih kekal gagah dalam membantu mempertahankan kemampanan ekonomi Malaysia. Namun begitu, kebergantungan terhadap tenaga kerja warga asing terbukti merupakan kekangan utama industri minyak sawit Malaysia, ekoran rakyat tempatan terutama generasi muda pada masa kini menganggap penyertaan dalam bidang tersebut sebagai bahaya, kotor, sukar dan hina (4D). Persepsi ini menyebabkan kurangnya warga tempatan yang tertarik untuk menceburi industri ini mahupun melanjutkan pelajaran berkaitan dengan pertanian dan perladangan walaupun bidang berkenaan amatlah menguntungkan, berpotensi serta berdaya maju pada masa hadapan. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membangunkan sebuah modul pengajaran yang bertemakan industri sawit mampan Malaysia bagi kegunaan di sekolah menengah. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) yang terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian kebolehgunaan. Fasa pertama dilaksanakan melalui kajian tinjauan menggunakan borang soal selidik secara dalam talian yang melibatkan 421 guru sekolah menengah. Dapatan fasa ini digunakan dalam merancang reka bentuk modul pengajaran yang akan dibangunkan. Fasa kedua dilaksanakan melalui kaedah kesepakatan 20 pakar dari bidang berkaitan. Teknik Fuzzy Delphi telah diaplikasikan bagi mendapatkan kesahan kandungan modul yang dibangunkan. Fasa ketiga pula melibatkan pelaksanaan dan penilaian kebolehgunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran oleh empat guru sekolah menengah di negeri Pahang. Secara keseluruhan dapatan pelaksanaan modul ini di sekolah menunjukkan terdapat pertambahan pengetahuan berkaitan industri sawit mampan dalam kalangan guru dan murid. Di samping itu, aktiviti pembelajaran berasaskan projek yang disediakan dalam modul berupaya merangsang lima standard asas pembelajaran abad ke-21 seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu berfikiran kritis, kolaboratif, kreativiti, komunikasi serta nilai dan etika. Sejajar dengan pelaksanaan modul ini diharapkan golongan belia tempatan mempunyai nilai jati diri, bersyukur dan berfikiran lebih positif dan terbuka sehingga wujud rasa minat yang berterusan untuk berkecimpung dalam bidang berkaitan industri sawit di Malaysia.
Pages: 400
Call Number: LB1737.A3. M834 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN BERTEMA INDUSTRI SAWIT MAMPAN MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH.pdf
  Restricted Access
18.29 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.