Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/773172
Title: Penilaian terhadap multi-aspek kualiti kesihatan pesakit dewasa yang mengalami fraktur tulang bahagian bawah pinggang selepas didiscaj dari HCTM dan HKL
Authors: Mohd Sharkawi Ahmad (P73173)
Supervisor: Ahmad Nazrun Shuid Prof. Dr.
Isa Naina Mohamed, Prof. Madya. Dr.
Sabarul Afian Mokhtar, Prof. Dr.
Norazlin Zainal Abidin, Dr.
Keywords: Fractures, Bone
Treatment Outcome
Aged -- physiology
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 18-Mar-2019
Abstract: Fraktur tulang merupakan satu fenomena yang serius terutama di kalangan warga tua yang berumur 50 tahun ke atas kerana ia memberi impak negatif dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk morbiditi dan mortaliti. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan profil demografik pesakit yang mengalami fraktur tulang bawah pinggang dan keberhasilan kesihatan selepas mereka discaj daripada hospital. Kajian ini melibatkan tiga fasa iaitu fasa sebelum fraktur, fasa wad (semasa pesakit berada di wad) dan fasa pos discaj (3 bulan selepas pesakit discaj dari hospital). Terdapat 129 subjek pada fasa sebelum fraktur dan fasa wad dan 89 subjek pada fasa pos discaj. Kajian melibatkan empat pemboleh ubah tidak bersandar iaitu umur, jantina, jenis fraktur dan keupayaan berjalan sebelum fraktur tulang. Majoriti subjek berumur diantara 75 hingga 84 tahun, etnik Cina, jantina perempuan dan mengalami fraktur tulang pinggul. Bilangan subjek yang mengambil suplementasi dan ubat pada fasa discaj adalah seperti berikut: 72 (80.9%) kalsium, 49 (55.1%) vitamin D, 38 (42.7%) diet tambahan lain, 2 (2.2%) ubat anti-osteoporosis dan 89 (100.0%) ubat-ubatan lain. Model logisitik regresi bagi aktiviti kehidupan seharian (ADL) menunjukkan ‘umur’ dan ‘keupayaan berjalan sebelum fraktur’ merupakan faktor penentu bergantung bagi komponen ADL ‘mandi’, ‘pemakaian’ dan ‘tandas’. Hanya ‘keupayaan berjalan sebelum fraktur’ merupakan faktor penentu bergantung bagi ADL ‘pemindahan’. ‘Umur’ dan ‘jantina’ merupakan faktor penentu bergantung bagi ADL ‘pengekangan’, manakala ‘umur’ adalah faktor penentu bergantung bagi ADL ‘pemakanan’. Skor ADL menurun semasa fasa wad dan separa meningkat semasa fasa pos discaj. Perubahan skor-skor ADL tersebut adalah signifikan merentasi fasa kajian. Terdapat juga perbezaan skor-skor ADL yang signifikan dalam semua pemboleh ubah tidak bersandar. Bagi penilaian kualiti kehidupan (QOL), tiada hubungan signifikan antara kesemua pemboleh ubah tidak bersandar dengan perihal-perihal QOL (aktiviti biasa, kesakitan/ketidakselesaan dan tekanan/kegelisahan). Bagaimanapun, terdapat hubungan signifikan antara ‘jenis fraktur’ dan perihal QOL ‘mobiliti’ dan antara ‘umur’ dan ‘jenis fraktur’ dengan perihal QOL ‘penjagaan diri’. Skor indeks utiliti QOL menunjukkan peningkatan signifikan merentasi fasa kajian dan terdapat perbezaan skor-skor indeks utiliti QOL yang signifikan dalam semua pemboleh ubah tidak bersandar. Skor skala analog (VAS) menunjukkan peningkatan signifikan merentasi fasa. Bagi penilaian fizikal pula, skor Ujian Masa Bangun dan Jalan (TUG) dan skor Ujian Kekuatan Cengkaman Tangan (HGS) berbeza secara signifikan dalam semua pemboleh ubah tidak bersandar. Bagi laporan mortaliti, model logistik regresi menunjukkan hanya ‘umur’ merupakan faktor penentu bagi kadar mortaliti subjek dengan nilai kawasan bawah lekuk (AUC) sebanyak 79.9%. Kesimpulan kajian ialah terdapat kemajuan dari segi keberhasilan kesihatan bagi subjek berumur 50 tahun ke atas yang mengalami fraktur tulang bawah pinggang selepas 3 bulan discaj dari hospital. Terdapat beberapa pemboleh ubah yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan keberhasilan kesihatan pesakit yang mengalami fraktur tulang.
Pages: 61
Call Number: QV20.5.M697p 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.