Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/772303
Title: Pembangunan dan penilaian keberkesanan modul gamifikasi amali dalam pembelajaran bahasa Arab sekolah rendah
Authors: Mohd Nazmi Jaafar (P101981)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.
Keywords: Bahasa arab
Gamifikasi amali
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Aug-2023
Abstract: Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah telah hampir 17 tahun bermula dengan pengenalan program j-QAF (jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain) pada tahun 2005 sehingga kini. Kurikulum bahasa Arab ditambah baik agar dapat mencapai objektif yang ditetapkan iaitu melahirkan murid yang menguasai kemahiran asas mendengar, menyebut, membaca dan menulis. Kajian lepas mendapati pendekatan kuliah mengakibatkan kelesuan dan hilang fokus murid semasa sesi pembelajaran. Pendekatan pengajaran guru yang kreatif, menyeronokkan, santai, tidak tertekan mampu mempengaruhi tingkah laku positif dan psikologi murid serta mengelakan kebosanan di dalam kelas. Gamifikasi amali antara pendekatan yang boleh memotivasi, merangsang penglibatan aktif dan meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa murid. Menerusi gamifikasi amali murid dapat memegang bahan bantu mengajar, komunikasi bersemuka dan merasai pengalaman pembelajaran yang kekal lama berbanding secara atas talian. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mereka bentuk dan membangunkan sebuah modul gamifikasi amali dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Arab berpandukan lapan elemen mekanik GaML (Gamification Modeling Language). Seterusnya menilai keberkesanan Modul Gamifikasi Amali dalam Pembelajaran Bahasa Arab (MGAdPBA) terhadap pencapaian, motivasi dan sikap murid. Fasa Pembangunan MGAdPBA menggunakan model ADDIE dengan penerapan Teori Konstruktivisme Kognitif, Teori Konstruktivisme Sosial, Teori Motivasi Dua Faktor Herzberg 1966 dan Taksonomi Pendidikan Bloom. Manakala fasa penilaian MGAdPBA melibatkan aspek kandungan, bahasa dan elemen gamifikasi. Penilaian keberkesanan dilihat dari aspek pencapaian murid menggunakan Ujian-T untuk menilai keberkesanan MGAdPBA antara kumpulan kawalan dan rawatan melibatkan 60 orang murid tahun 4 sekolah rendah melalui ujian pra dan pasca. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dan ujian pencapaian. Dapatan kajian mendapati min penilaian pakar menerusi ujian alpha adalah tinggi untuk aspek kandungan, bahasa dan elemen gamifikasi MGAdPBA. Bagi ujian beta min penilaian pengguna akhir iaitu responden untuk aspek yang sama juga tinggi. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian kumpulan rawatan dengan pencapaian kumpulan kawalan. Dapatan ini menunjukkan bahawa Modul Gamifikasi Amali dalam Pembelajaran bahasa Arab (MGAdPBA) boleh digunakan sebagai pendekatan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian bahasa Arab murid. Secara keseluruhannya, kajian ini menjelaskan bahawa gamifikasi amali boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah.
Pages: 193
Call Number: LB1029.G3.M634 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan penilaian keberkesanan modul gamifikasi amali dalam pembelajaran bahasa arab sekolah rendah.pdf
  Restricted Access
Partial2.02 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.