Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/772290
Title: Peranan raja dan orang besar dalam pentadbiran Selangor (1895-1942)
Authors: Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria (P80349)
Supervisor: Mohd Samsudin, Prof. Madya Dr.
Zuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kings and rulers
Sultans
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Feb-2023
Abstract: Kajian ini bertujuan membahas peranan raja dan orang besar dalam pentadbiran Selangor dari 1895 sehingga 1942. Chai Hon-Chan, Jagjit Singh Sidhu, J. M. Gullick, Khasnor Johan, Paul H. Kratoska dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus kurang mengupas mengenai hal tersebut, memberikan persepsi negatif bahawa raja dan orang besar kurang melibatkan diri dalam pentadbiran Selangor. Namun rekod dan dokumen sejarah menjelaskan bahawa golongan ini memainkan peranan dengan bertanggungjawab dan membangunkan Selangor. Objektif kajian ini ialah menganalisis peranan raja dan orang besar dalam pentadbiran Selangor melalui institusi permesyuaratan di peringkat persekutuan dan negeri, pegawai tadbir daerah dan penghulu. Selain itu, menilai keberkesanan peranan raja dan orang besar dalam setiap institusi tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, bertunjangkan sumber primer, antaranya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK), Colonial Office (CO) dan Foreign and Commonwealth Office (FCO), diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara United Kingdom, Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia dan Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan raja dan orang besar dalam setiap institusi dikemukakan memberikan kesan positif terhadap pembangunan Selangor, di samping meningkatkan kualiti kehidupan penduduk tempatan pada tempoh dinyatakan. Melalui institusi permesyuaratan di peringkat persekutuan, perbincangan mengenai sosioekonomi, kebajikan sosial, institusi perkhidmatan awam dan agama Islam dapat dibangunkan. Begitu juga dengan institusi permesyuaratan di peringkat negeri, dapat memperkukuhkan institusi penghulu dan kadi, sosioekonomi dan kebajikan sosial. Menerusi institusi pegawai tadbir daerah, isu-isu tanah, perniagaan, kemudahan infrastruktur dan kesihatan dan kebersihan dapat dipertingkatkan. Begitu juga dengan institusi penghulu, dapat membangunkan pertanian, pendidikan, kemudahan infrastruktur dan kesihatan dan kebersihan. Namun terdapat segelintir raja dan orang besar yang kurang bertanggungjawab memberikan kesan negatif terhadap pembangunan Selangor. Implikasi kajian ini dapat memberikan fakta baharu dalam pensejarahan bahawa raja dan orang besar memainkan peranan dengan bertanggungjawab dan membangunkan Selangor era Negeri-Negeri Melayu Bersekutu demi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk tempatan dalam menjalani kehidupan seharian dengan baik.
Pages: 380
Call Number: JC381.A376 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peranan raja dan orang besar dalam pentadbiran selangor (1895-1942).pdf
  Restricted Access
Full-text3.37 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.