Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/772273
Title: Pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti untuk kelestarian bandar di wilayah persekutuan Putrajaya, Malaysia
Authors: Nur Khairlida Muhamad Khair (P95674)
Supervisor: Lee Khai Ern, Prof. Ts. Dr.
Keywords: Social ecology
Ecology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Sep-2023
Abstract: Peningkatan laporan kes-kes yang melibatkan persekitaran di Wilayah Persekutuan Putrajaya telah meresahkan komuniti. Maka, sebagai sebuah bandar yang lestari, penyertaan aktif komuniti dalam perancangan dan pengurusan bandar, termasuklah pemantauan alam sekitar terhadap perihal yang mengganggu kesejahteraan hidup komuniti adalah diperlukan. Peranan komuniti boleh dimanfaatkan melalui pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti untuk mengatasi masalah persekitaran di samping memupuk amalan penyertaan awam untuk mencapai SDG11. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengenal pasti elemen kelestarian bandar dalam perancangan pembangunan bandar di Wilayah Persekutuan Putrajaya; menilai tahap motivasi komuniti serta kriteria pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti yang bersesuaian dengan kehendak komuniti; menentukan hubungan antara motivasi komuniti dan kriteria pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti yang dipilih oleh komuniti di Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta membentuk strategi dan mekanisme pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti untuk tujuan jangka panjang dalam mencapai matlamat kelestarian bandar. Kaedah campuran eksploratori berturutan telah digunakan, iaitu kaedah kualitatif digunakan terlebih dahulu kemudian disusuli dengan kaedah kuantitatif. Hasil objektif pertama mendapati elemen kelestarian bandar dapat dilihat melalui peranan pihak Perbadanan Putrajaya (PPJ) dalam matlamat, strategi, serta penganjuran program untuk komuniti. Menurut hasil temu bual, walaupun terdapat permintaan daripada pihak komuniti untuk mengadakan aktiviti pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti, namun PPJ masih menghadapi cabaran dalam memastikan penglibatan komuniti. Selain itu, analisis tiga dokumen mendapati peranan komuniti hanya dibincangkan dalam perancangan dan pemantauan infrastruktur sahaja dan tiada ulasan pemantauan dalam aspek alam sekitar. Bagi objektif kedua, tahap motivasi komuniti didapati tinggi, manakala, sebanyak 19 daripada 24 item kriteria pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti dalam soal selidik telah dipilih oleh komuniti yang mewakili empat kriteria utama pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti, iaitu keberkesanan, maklum balas, teknikal dan keberlangsungan. Bagi analisis hubungan antara motivasi komuniti dan kriteria pemantauan alam sekitar melalui Smart-PLS mendapati motivasi komuniti memberi kesan yang positif dan signifikan terhadap keempat-empat kriteria pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti. Ini menunjukkan bahawa tahap motivasi komuniti berupaya mempengaruhi kejayaan program pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti. Akhir sekali, strategi dan mekanisme pelaksanaan pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti telah dibentuk melalui mereka bentuk aplikasi mudah alih Cmon dan perbincangan kumpulan berfokus untuk menyediakan panduan kepada pihak berkuasa tempatan serta pihak komuniti dalam mentadbir penglibatan komuniti melalui inisiatif yang akhirnya menyumbang kepada pelaksanaan inisiatif Agenda Tempatan 21 serta menjawab kepada sasaran matlamat SDG 11.3.2 berkenaan penyertaan langsung komuniti dalam perihal perancangan dan pengurusan bandar.
metadata.dc.description.notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 287
Call Number: HM861.N837 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemantauan alam sekitar berasaskan komuniti untuk kelestarian bandar di wilayah perseketuan putrajaya Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial1.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.