Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/732287
Title: Pemahaman terhadap asosiasi antara protein berasaskan darah dan status antioksidan berkait fungsi kognitif merentas umur.
Authors: Zulzikry Hafiz Abu Bakar (P81116)
Supervisor: Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Cognitive Aging
Issue Date: 2-Oct-2019
Abstract: Peningkatan umur merupakan antara faktor bagi penurunan fungsi kognitif. Perubahan status antioksidan turut memainkan peranan. Disamping itu, peningkatan umur turut mengaruh kepada perubahan profil protein, memungkinkan kepada penjejasan fungsi kognitif. Oleh itu, kajian ini menekankan kepada perubahan bagi faktor-faktor tersebut terhadap keupayaan kognitif komuniti sihat Melayu dewasa. Seramai 160 subjek kajian direkrut dan dikelaskan (N=40) kepada Kumpulan 30, Kumpulan 40, Kumpulan 50 dan Kumpulan ≥60. Pengukuran terhadap prestasi kognitif subjek dinilai melalui beberapa siri ujian kognitif. Pengumpulan darah dilakukan untuk penilaian status antioksidan serta penentuan profil protein kumpulan. Kumpulan ≥60 mempamerkan prestasi lebih rendah dalam ujian MMSE. Skor bagi ujian MoCA adalah lebih rendah bagi Kumpulan 50 dan Kumpulan ≥60. Dalam ujian RAVLT, prestasi kumpulan terhadap ujian percubaan mempamerkan perbezaan signifikan. Tambahan, Kumpulan 50 dan Kumpulan ≥60 masing-masing menunjukkan keupayaan lebih rendah bagi ujian ingatan segera berbanding Kumpulan 30 dan Kumpulan 40. Merujuk kepada ujian Digit Span, tiada perbezaan signifikan yang dipamerkan merentas kumpulan bagi FDS manakala nilai skor adalah lebih rendah bagi BDS dalam Kumpulan ≥60 berbanding Kumpulan 30. Berhubung ujian Digit Symbol, Kumpulan ≥60 memperlihat nilai skor lebih rendah berbanding kesemua kumpulan manakala Kumpulan 40 dan Kumpulan 50 masing-masing memiliki skor yang lebih rendah berbanding Kumpulan 30. Dalam ujian Visual Reproduction, prestasi lebih rendah dipamerkan Kumpulan 50 dan Kumpulan ≥60 masing-masing terhadap Kumpulan 30 dan Kumpulan 40 berikutan ujian VRI dan VRII. Bagi status antioksidan, Kumpulan 50 mempamerkan aras SOD lebih tinggi berbanding kesemua kumpulan manakala Kumpulan ≥60 menunjukkan pemilikan lebih rendah berbanding kumpulan yang selebihnya. Tiada perubahan signifikan dilihat bagi aktiviti CAT. Berkait aktiviti GPx, Kumpulan ≥60 menunjukkan aras lebih rendah berbanding kumpulan lain. Bagi isomer vitamin E, Kumpulan 50 dan Kumpulan ≥60 masing masing menunjukkan kepekatan ATF lebih tinggi berbanding Kumpulan 30 dan Kumpulan 40. Aras ATT lebih tinggi dalam Kumpulan 30 dan Kumpulan 40 berbanding kumpulan 50 dan Kumpulan ≥60. Berhubung kepekatan DTT, Kumpulan 30 memiliki kepekatan lebih tinggi berbanding kumpulan lain. Merentas kumpulan, tiada perbezaan dipamerkan bagi kepekatan BTT dan GTT. Merujuk nisbah GSH:GSSG, Kumpulan 50 mempamerkan kepekatan lebih rendah berbanding Kumpulan 30 namun lebih tinggi berbanding Kumpulan ≥60. Selain itu, Kumpulan ≥60 menunjukkan pemilikan GSH:GSSG lebih rendah berbanding kumpulan lain. 24 protein menunjukkan perbezaan pengekspresan merentas kumpulan disamping protein-protein tersebut mempamerkan pengekspresan lebih tinggi dalam kalangan Kumpulan 30 dan Kumpulan 40 manakala keadaan yang sebaliknya ditunjukkan bagi Kumpulan 50 dan Kumpulan ≥60. Beberapa komponen GO serta tapak jalan yang terlibat menunjukkan hubungkait terhadap fungsi kognitif. Tambahan, sebahagian protein yang dikenalpasti berbeza pengekspresan merentas umur menunjukkan asosiasi terhadap prestasi kognitif kumpulan berikutan turun naik status antioksidan.
Pages: 243
Call Number: QU20.Z94p 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemahaman terhadap asosiasi antara protein berasaskan darah dan status antioksidan berkait fungsi kognitif merentas umur.pdf
  Restricted Access
Full-text8.32 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.