Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/577983
Title: Kajian frasa kerja bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut di Sabah: analisis kerangka minimalis
Authors: Fazal Mohamed Mohamed Sultan (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Siti Amanina Sahira Saidi (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Keywords: Kata kerja
kata kerja transitif
kata kerja tak transitif
kata kerja dwitransitif
bahasa Bajau Darat
bahasa Bajau Laut
kerangka Minimalis
Issue Date: 13-Aug- 17
Description: Artikel ini merupakan kajian terhadap kata kerja dalam bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut oleh penutur natif bahasa Bajau Darat di Kampung Keguraan, Kota Belud dan Bajau Laut di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, Sabah. Bahasa Bajau merupakan bahasa ibunda kepada kaum Bajau di Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menghuraikan dan menganalisis jenis kata kerja bahasa Bajau dengan menggunakan kerangka Minimalis. Kaedah kajian yang digunakan merangkumi kaedah lapangan, iaitu temu bual, rakaman, pemerhatian dan kaedah analisis data menggunakan kerangka Minimalis. Seramai enam orang responden yang ditemubual terdiri daripada tiga orang penutur natif bahasa Bajau Darat dan tiga orang penutur natif bahasa Bajau Laut. Rakaman perbualan setiap responden dan perbualan tersebut ditranskripsi serta dianalisis oleh pengkaji. Analisis ini memberikan tumpuan pada kedudukan kata kerja dalam bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut. Hasil kajian mendapati bahawa kata kerja bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut mempunyai kala. Kata kerja bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut yang dituturkan di Sabah pula boleh terdiri daripada kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan kata kerja dwitransitif. Kajian ini juga mendapati bahawa struktur asas ayat bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut ialah KERJAAN-OBJEK-SUBJEK (KOS). Berdasarkan pendekatan kerangka Minimalis, kajian ini menjumpai tiga penemuan. Pertama, kewujudan satu posisi yang novel, iaitu FObjek untuk memenuhi urutan KOS dalam bahasa ini, kedua, kata kerja dalam bahasa ini menduduki posisi cantuman kepala Kala dan ketiga, wujudnya operator kosong (OP) untuk menandakan kewujudan subjek dalam semua ayat Bajau.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 21
Pages: 163-192
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_129551+Source01+Source010.PDF396 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.