Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/520501
Title: Strategi pengoperasian sistem penyamanan udara masjid negeri Pulau Pinang untuk keseimbangan keselesaan terma dan penurunan tenaga setara
Authors: Azman Hussin (P81311)
Supervisor: Lim Chin Haw, Ar. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Sistem penyamanan udara
Tenaga elektrik
Issue Date: 27-Sep-2020
Description: Kajian strategi pengoperasian sistem penyamanan udara (sistem ACMV) di bangunan masjid dilakukan untuk mengoptimumkan keselesaan terma dalaman dan mengimbangi penurunan tenaga elektrik. Masjid dikumpulkan dalam luas lantai penyejukan berbeza mewakili G1 (<199m2), G2(200-399m2), G3 (400-599m2), G4 (600-799m2) dan G5 (>1000m2). Bancian awal penggunaan tenaga sistem ACMV adalah antara 63-80% berbanding kipas dan lampu. Indeks tenaga bangunan (indeks BEI) masjid adalah berjulat antara 21-323 kWh/m2/tahun dan indeks BEI rujukan yang terhasil adalah <135 kWh/m2/tahun mewakili 75% bangunan masjid. Masjid kumpulan G1 hingga G4 menjana indeks BEI dalam spesifikasi yang dibenarkan serta dikategorikan sebagai masjid yang lestari dan efisen tenaga. Masjid G5 iaitu Masjid Negeri Pulau Pinang mempunyai indeks BEI yang tinggi (323 kWh/m2/tahun). Penilaian keselesaan terma dalaman dan tenaga elektrik sediaada mendapati masjid ini mempunyai pengoperasian berbeza dan tidak mengikut spesifikasi piawai (dokumen teknikal) seperti penetapan suhularas, penggunaan kapasiti penyejukan unit penyejuk chiller, jadual pengoperasian masjid dan kawalan hidup/henti secara manual. Perkara ini telah menyebabkan keselesaan terma dalaman hanya mencatatkan nilai +0.36 (sedikit panas) serta penjanaan tenaga yang tidak seragam (hari biasa=93.3 kW; hari cuti=157.4 kW). Model asas (selepas) dibangunkan semula mengikut spesifikasi piawai (dokumen teknikal) dan menambahbaik pengurusan pengoperasian. Hasil menunjukkan nilai indeks PMV adalah sedikit sejuk (-0.7) dan penggunaan tenaga elektrik yang seragam (276 kW). Penilaian suhu bilik optimum menggunakan simulasi pengkomputeran CFD. Model 3-D masjid negeri Pulau Pinang menghasilkan grid jejaring 6376053, mempunyai kualiti elemen sangat baik (0.81) dan indeks pencong cemerlang (0.23) serta dalam had kawalan <10% ralat. Hasil tiga strategi pengoperasian model optimum CFD iaitu menaikkan suhu (MO1) telah mendapati suhu optimum pada 26.8°C (indeks PMV=+0.93) dan penurunan tenaga elektrik 25.7%. Kedua, mengurangkan halaju udara (MO2) telah mendapati, suhu optimum pada 25.2 °C (indeks PMV=+0.99) dan penurunan tenaga elektrik 16.1%. Ketiga, menaikkan halaju udara (MO3), didapati tiada perbezaan suhu bilik menyebabkan tiada penurunan tenaga elektrik. Analisis keselesaan terma dalaman, maklumbalas terma rasa responden (maklumbalas TSV) dan tenaga elektrik dilakukan secara in-situ melibatkan empat strategi pengoperasian model optimum CS1 (mengurangkan kapasiti penyejukan), CS2 (penjadualan masa operasi), CS3 (laras suhu bilik optimum) dan CS4 (gabung model CS1,CS2 & CS3). Pengujian model optimum CS1, CS2, CS3 dan CS4 telah menunjukkan perbezaan signifikan bagi hasil dapatan suhu bilik dan penurunan tenaga elektrik iaitu masing-masing 27%, 39.9%, 25.7% dan 54.8% apabila dibandingkan dengan model asas. Setelah mengambilkira pencapaian suhu bilik, indeks PMV/PPD dan maklumbalas TSV serta tafsiran model regresi linear yang merangkumi suhu Tn dan kolerasi R2 terhadap piawaian, didapati model optimum CS3 merupakan strategi pengoperasian yang ideal berbanding model lain. Model CS3 menggunakan suhularas optimum 26± 1°C hasil dapatan daripada simulasi CFD telah menghasilkan julat beza yang kecil iaitu pada suhu bilik 26.9 °C mengikut Piawaian MS 1525 dan mendapat penjimatan tenaga penyejukan setara sebanyak 25.7%. Model ini turut menghasilkan penjimatan keseluruhan tenaga elektrik sebanyak 17.3%. Strategi pengoperasian model CS3 telah menghasilkan keseimbangan antara keselesaan terma dalaman iaitu indeks PMV/PPD, maklumbalas TSV yang optimum serta penurunan tenaga elektrik (kWh). Kesimbangan yang diperolehi dalam kajian ini diistilahkan sebagai 'keseimbangan setara.,Ph.D.
Pages: 225
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_125268+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.25 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.