Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/520411
Title: Idea bangsa idaman dan sistem pendidikan di Malaysia: satu analisis sosial
Authors: Anuar Ahmad (P94515)
Supervisor: Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Ulung Datuk Dr.
Keywords: Education -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Jul-2021
Description: Naratif sistem pendidikan vernakular di Malaysia dalam konteks kepelbagaian idea tentang bentuk pendidikan dan konsep bangsa yang dihasratkan oleh kumpulan etnik majoriti Melayu dan etnik minoriti bukan Melayu (baca: Cina) telah lama wujud sejak era penjajahan lagi. Setiap kumpulan etnik sentiasa melihat kepentingan berkaitan pendidikan dan perpaduan nasional hanya dari perspektif etnik masing-masing. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan; mengenal pasti peranan etnisiti sebagai realiti sosial dan pengaruhnya terhadap pembentukan polisi pendidikan yang berkaitan dengan sistem pendidikan vernakular semenjak era kolonial; menganalisis bagaimana etnik Melayu dan etnik Cina menzahirkan hasrat pendidikan yang menyebabkan wujud pelbagai idea 'bangsa idaman' dalam situasi 'authority-defined' dan 'everyday-defined'; menilai sejauh mana kewujudan pelbagai idea 'bangsa idaman' dalam kalangan etnik Melayu dan etnik Cina dalam pengekalan sistem pendidikan vernakular. Kerangka analisis 'functionalist' Talcott Parsons telah digunakan untuk menjelaskan bagaimana fungsi sistem pendidikan vernakular untuk pengekalan sistem sosial masyarakat majmuk di negara ini. Kerangka ini bertujuan menjelaskan bahawa sekolah vernakular berfungsi sebagai alat penyesuaian, pengubahsuaian dan kesinambungan secara integrasi dalam merealisasikan kesepaduan sosial. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis dokumen rasmi Laporan Barnes 1950, Laporan Fenn Wu 1952, Ordinan Pelajaran 1952, Laporan Pelajaran Razak 1956 dan Laporan Pelajaran Rahman Talib 1960 dalam memahami proses pembentukan sistem pendidikan berdasarkan konteks 'authority-defined'. Pengkaji juga telah melaksanakan 'focus group discussion' (FGD) berasaskan tema yang sama seperti analisis dokumen bagi menjelaskan situasi 'everyday-defined' berkaitan sistem pendidikan vernakular. Polisi ini telah membentuk kepelbagaian idea bangsa idaman dan pendidikan dalam kalangan etnik Melayu dan etnik Cina. Kajian ini seterusnya mendapati bahawa pengekalan sistem pendidikan vernakular telah dipengaruhi oleh kumpulan elit politik Melayu yang bertujuan mengekalkan sokongan politik kumpulan minoriti kepada mereka, manakala pengaruh etnik Cina khususnya dalam kalangan pemimpin parti politik Cina dan pemimpin persatuan pendidikan masyarakat Cina untuk mengekalkan bahasa ibunda sebagai simbol identiti dan budaya etnik Cina. Kajian ini mendapati bahawa kewujudan sistem pendidikan vernakular telah berfungsi sebagai 'tools of integration' dalam menguruskan kewujudan kepelbagaian idea bangsa idaman. Kajian ini juga mendapati bagi memastikan kesinambungan struktur sosial di negara ini, adalah perlu untuk kepelbagaian idea 'bangsa idaman' dibenarkan wujud dan berintegrasi secara aktif antara satu sama lain. Sebagai rumusan, semua pihak berkepentingan dalam pendidikan negara mempunyai peranan penting memperkukuhkan sistem pendidikan vernakular sebagai tapak kesepaduan dengan mengambil kira fungsi sekolah vernakular dalam memantapkan struktur sosial berasaskan kepelbagaian idea bangsa idaman melalui usaha integrasi etnik dalam situasi 'authority-defined' dan 'everyday-defined' di Malaysia.,Ph.D
Pages: 186
Call Number: LA1236.A538 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_130362+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.43 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.