Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/520405
Title: Dasar pandang ke timur: perubahan struktur dan budaya (1982-2019)
Authors: Hanim Ismail (P63210)
Supervisor: Kartini Aboo Talib @ Khalid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Japan -- Foreign economic relations -- Malaysia
Malaysia -- Foreign economic relations -- Japan
Malaysia -- Economic policy
Malaysia -- Social policy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jul-2020
Description: Dasar Pandang ke Timur (DPT) mula dilaksanakan pada tahun 1982 dan diperkenalkan oleh Mahathir Mohamad dengan dua objektif utama iaitu untuk menerapkan etika dan budaya kerja orang Jepun ke dalam diri masyarakat Malaysia serta membangunkan sebuah negara perindustrian yang maju. Dasar ini merupakan dasar yang bersifat 'top-down' kerana ia merupakan hasrat kerajaan untuk mengubah masyarakat dengan melaksanakan perubahan struktur dan budaya. Sejak dasar ini dilaksanakan iaitu selama 37 tahun perlaksanaannya, dasar ini belum pernah dinilai secara komprehensif. Tesis ini menilai tahap pencapaian dasar dengan menggunakan teori kitaran dasar dalam aspek penilaian dasar. Indikator penilaian seperti perkara asas pembuatan dasar, objektif dan model faktor luaran diketengahkan di dalam penilaian dasar ini selain melihat kepada faktor dalaman. Kajian ini merupakan kajian kualitiatif yang menggunakan kaedah temubual intensif dan temubual kumpulan fokus sebagai data primer. Informan yang dipilih adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan perlaksanaan DPT dan individu yang melanjutkan pengajian di universiti di Jepun, menetap di Jepun dan bekerja dengan syarikat multinasional Jepun yang beroperasi di Malaysia. Pemilihan sampel ini bergantung kepada pengalaman dan persepsi informan terhadap budaya, norma dan gaya hidup orang Jepun. Transkripsi temubual dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tema. Hasil kajian telah menemui lima tema utama iaitu disiplin, etika, pengurusan, integriti dan akauntabiliti serta rakan strategik. DPT ini kurang berjaya kerana negara dan masyarakat sukar untuk mengadaptasikan budaya dan etika kerja Jepun. Hal ini berikutan rakyat Malaysia telah terbiasa dengan regimentasi budaya yang diamalkan sejak sekian lama. Dasar ini hanya menumpukan kepada bidang kejuruteraan dan Sains & Teknologi sehingga mengabaikan bidang Sains Sosial yang lebih erat dalam mempelajari sains tingkahlaku dan budaya manusia. Matlamat DPT adalah untuk membudayakan budaya dan etika kerja masyarakat Jepun ke dalam budaya kerja masyarakat Malaysia di dalam kehidupan harian. Amalan budayadan etika kerja Jepun hanya berlaku di tempat kerja dan contoh amalan hiburan karaoke diamalkan dalam konteks budaya tempatan. Oleh itu, hubungan bilateral Malaysia-Jepun telah memberi kelebihan di dalam memperkasakan gelombang kedua DPT. Gelombang kedua ini memfokuskan kepada faedah timbal balik dengan penubuhan institusi Jepun di Malaysia, industri pelancongan dan program pertukaran pendidikan yang berupaya memperkukuh hubungan bilateral kedua-dua negara.,Ph.D.
Pages: 312
Call Number: HF3800.6.Z7H343 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_122338+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.92 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.