Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/519926
Title: Penentuan titik potong dan peramal terhadap kecelaan kognitif ringan menggunakan pelbagai pengukuran komposisi tubuh dan kecergasan fizikal dalam kalangan warga emas di Semenanjung Malaysia
Authors: Won HUi Loo (P69547)
Supervisor: Zahara Abd. Manaf, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kesihatan Awam
Kecergasan fizikal warga emas
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Mar-2016
Description: Peningkatan populasi warga emas dan prevalen obesiti serta kecergasan fizikal yang rendah dikaitkan dengan peningkatan prevalen kecelaan kognitif ringan (MCI). Namun, nilai titik potong komposisi tubuh dan kecergasan fizikal untuk mengenalpasti MCI warga emas masih belum dikenalpastikan. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan titik potong komposisi tubuh dan kecergasan fizikal untuk mengenalpasti risiko terhadap MCI dalam kalangan warga emas di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan faktor peramal terhadap MCI dan perubahan komposisi tubuh dan kecergasan fizikal dengan perubahan usia. Kajian ini berbentuk jangka panjang selama 18 bulan. Pada peringkat dasar, seramai 2240 subjek warga emas Malaysia (20.6 % dari Johor, 25.1 % dari Selangor, 23.5 % dari Perak dan 30.8 % dari Kelantan) yang berumur 60 hingga 92 tahun (min umur: 69.0 ± 6.2 tahun) dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak pelbagai peringkat mengambil bahagian dalam saringan kesihatan. Selepas 18 bulan, seramai 1478 orang subjek (66 %) berjaya disusuli. Analisis lengkung Receiver operating characteristic (ROC) digunakan untuk menentukan titik potong parameter antropometri dan kecergasan fizikal. Hasil kajian menunjukkan titik potong optimum untuk mengenalpasti MCI adalah IJT 26 kg/m2, ukurlilit pinggang (lelaki 90 cm; perempuan 82 cm), nisbah pinggang-pinggul (lelaki 0.91; perempuan 0.80), ukurlilit betis (lelaki 29 cm; perempuan 26 cm), kekuatan gengaman tangan (lelaki 27 kg; perempuan 19 kg) dan ujian Timed Up-and-Go (TUG) (lelaki 10 saat; perempuan 12 saat). Pada bulan ke-18, semua parameter komposisi tubuh dan kecergasan fizikal menurun (p<0.05 untuk semua parameter), kecuali berat badan dan indeks jisim tubuh (IJT) bagi kedua-dua jantina serta ujian back scratch bagi perempuan. Ukurlilit betis, kekuatan gengaman tangan dan ujian TUG didapati sahih dalam meramal individu yang mempunyai kemerosotan fungsi kognitif secara signifikan (p<0.05 untuk semua parameter) pada bulan ke-18. Kesimpulannya, komposisi tubuh dan kecergasan fizikal menurun dengan peningkatan umur. Ukurlilit betis, ujian TUG dan kekuatan gengaman tangan merupakan parameter yang berpotensi untuk digunakan sebagai ukuran yang mudah untuk meramal MCI dalam kalangan warga emas. Terdapat keperluan untuk menentukan kesahihan titik potong ini dalam meramal komorbiditi lain berkaitan MCI dalam jangka masa panjang.,Ijazah Doktor Falsafah Sains Kesihatan (Pemakanan)
Pages: 244
Call Number: WA20.5.W872p 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_130080+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.81 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.