Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/519924
Title: Penilaian profil genotoksisiti, epigenetik dan mekanisme detoksifikasi sel stem dan sel progenitor hematopoietik mencit berlainan keturunan aruhan 1,4-benzokuinon
Authors: Ramya Dewi Mathialagan (P93037)
Supervisor: Zariyantey Abd Hamid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Mutagenicity Tests
Epigenesis
Genetic
Inactivation
Metabolic
Hematopoietic Stem Cells
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Mar-2022
Description: Sel stem dan progenitor hematopoietik (SSPH) adalah sasaran utama benzena dalam mengaruh hematotoksisiti dan leukemogenesis. Namun, pengetahuan tentang mekanisme genotoksisiti, epigenetik dan detoksifikasi ketoksikan aruhan benzena yang menyasarkan populasi SSPH berlainan keturunan adalah terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memahami kesan ketoksikan benzena melalui pendekatan toksikogenomik dan epigenetik yang menyasarkan populasi SSPH berlainan keturunan iaitu mieloid, eritroid dan limfoid Pre-B mencit. Sel sum sum tulang (SST) mencit didedahkan kepada metabolit benzena, 1,4-benzokuinon (1,4-BQ) pada kepekatan 0, 1.25,2.5,5,7 and 12 μM secara ex vivo selama 24 jam diikuti oleh pengkulturan SSPH menggunakan asai pembentuk koloni (UPK) selama 14 hari untuk progenitor mielod dan 7 hari untuk progenitor eritroid dan limfoid Pre-B. Profil genotoksisiti (Fasa 1), epigenetik (Fasa 2) dan keseimbangan status detoksifikasi (Fasa 3) terhadap populasi SST dan SSPH berlainan keturunan ini seterusnya dinilai. Profil genotoksisiti menunjukkan 1,4-BQ meningkatkan peratusan DNA pada ekor dalam populasi SST secara signifikan (p <0.05) pada kepekatan 7 dan 12 M dan momen ekor (A.U) pada 12 M berbanding kumpulan kawalan. Perbezaan genotoksisiti juga dilihat antara populasi SSPH berlainan keturunan di mana sel progenitor mieloid menunjukkan peratusan DNA pada ekor (1.25 dan 12 μM) dan momen ekor (12 μM) yang lebih tinggi secara signifikan (p < 0.05) berbanding progenitor eritroid dan limfoid Pre-B. Seterusnya, tapakjalan pembaikpulihan DNA yang melibatkan dua mekanisme iaitu homologous recombination repair (HR) dan nonhomologous DNA end joining (NHEJ) pada SSPH berlainan keturunan dikaji. Hasil menunjukkan aras protein DNA-PKcs (NHEJ) pada progenitor mieloid adalah lebih tinggi secara signifikan (p <0.05) berbanding progenitor lain pada semua kepekatan 1,4-BQ. Manakala, peningkatan aras protein RAD51(HR) yang signifikan (p <0.05) hanya diperhatikan pada progenitor mieloid (5 μM) dan limfoid Pre-B (7 μM). Seterusnya, pengekspresan mikroRNA yang terlibat dalam pengawalaturan aktiviti pembaharuan diri (miRNA-196b dan miRNA-29a) dan pembezaan (miRNA-181a) SSPH di kaji. Aruhan 1,4-BQ meningkatkan pengekspresan miRNA-196b yang lebih signifikan (p <0.05) pada progenitor mieloid dan limfoid Pre- B berbanding eritroid pada kepekatan 2.5 dan 5 μM. Manakala, aruhan 1,4-BQ merendahkan pengekspresan miRNA29a pada progenitor mieloid (1.25 μM) dan limfoid Pre-B (5 μM) secara signifikan (p <0.05) dan miRNA-181a pada progenitor mieloid (1.25 μM) dan eritroid (5 μM) secara signifikan (p <0.05). Status aras protein faktor transkripsi yang terlibat dalam pembaharuan diri (HoxB4 dan Bmi-1) dan pembezaan (GATA3) SSPH juga dinilai dan protein HoxB4 menunjukkan peningkatan yang signifikan (p <0.05) pada kesemua kepekatan 1,4-BQ berbanding Bmi-1 dan GATA3 dalam SST. Analisa status enzim detoksifikasi [NAD(P)H dehydrogenase [quinone] 1(NQO1)] dan enzim metabolik [mieloperoksidas (MPO)] menunjukkan 1,4- BQ mengaruh penurunan aras protein NQO1 dan peningkatan aras protein MPO yang signifikan (p <0.05) pada kepekatan 1,4-BQ yang lebih rendah (≤5 μM) menyasarkan progenitor mieloid berbanding progenitor limfoid Pre-B. Manakala, tiada kesan signifikan diperhatikan pada progenitor eritroid. Kesimpulannya, mekanisme genotoksisiti, epigenetik dan detoksifikasi ketoksikan 1,4-BQ menyasarkan populasi SSPH adalah bergantung kepada jenis keturunan progenitor dengan progenitor mieloid lebih sensitif terhadap ketoksikan benzena yang merupakan penemuan penting dalam memahami mekanisme hematotoksisti dan leukemogenesis aruhan benzena,Ijazah Doktor Farlsafah
Pages: 245
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_128636+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.22 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.