Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/519660
Title: Undang-undang perwarisan Islam : kajian perbandingan Indonesia dan Malaysia
Authors: Arofah Windiani (P29401 )
Supervisor: Noor Aziah Mohd, Prof. Madya
Keywords: Undang-undang Islam
Malaysia
Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 6-Sep-2012
Description: Islam merupakan pedoman hidup dan hukum perwarisan merupakan sebahagian daripada hukum Islam. Sumber utama Hukum Islam ialah daripada al Quran dan Hadis, maka hukum perwarisan adalah sebahagian daripada ajaran Allah dan NabiNya. Allah telah menjelaskan secara terperinci hukum perwarisan ini di dalam Al-Quran dalam surah 4 ayat 11, 12, 176. Berasaskan ayat tersebut, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji hukum perwarisan Islam terutama yang diamalkan di Indonesia dan Malaysia bagi orang Islam. Tesis ini juga bertujuan mengkaji permasalahan pengaplikasian hukum perwarisan Islam di kedua buah negara. Ini kerana Hukum perwarisan merupakan keperluan asas bagi hidup manusia, ianya adalah fitrah untuk memiliki dan mendapat peralihan harta dari sesuatu kepemilikan. Hukum perwarisan merupakan salah satu cara peralihan hak pemilikan harta yang diperuntukkan bagi lelaki dan perempuan. Indonesia dan Malaysia memiliki kesamaan sejarah sebagai negara yang pernah dijajah oleh bangsa Eropa di mana kolonialisasi telah memberi pengaruh kepada undang-undang Islam yang telah lama diamalkan di kedua buah negara. Dalam masa yang sama, hukum adat yang sedia wujud dalam masyarakat Islam di Indonesia dan Malaysia masih diamalkan terutama dalam hal perwarisan di mana ada sebahagian orang Islam mengamalkan hukum Islam dan sebahagian lain masih mengamalkan hukum adat di dalam penyelesaian permasalahan perwarisannya. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah kualitatif di mana statut dan undang-undang dianalisa secara kritikal. Penelitian lebih tertumpu kepada mengekplorasi data dan membuat perbandingan berbentuk normative jurisdiction, iaitu membandingkan perundangan Islam yang ada di Indonesia dan Malaysia. Peraturan hukum perwarisan Islam di Indonesia didasarkan pada hasil ijtihad para ulama dari berbagai kitab-kitab klasik yang hasilnya dikodifikasi. Hasil kodifikasi ini diterima pakai sebagi undang-undang Islam bagi semua warga Indonesia hari ini. Di Malaysia hukum perwarisan Islam masih belum berkodifikasi tetapi ia terpakai kepada semua orang Islam di Malaysia tanpa kekecualian. Perwarisan di bawah Adat Perpatih di Negeri Sembilan beroperasi di luar hukum Islam kerana ia adalah dalam bentuk harta amanah. Sebagai penyelesaian penulis mencadangkan penggunaan teori kāffah sebagai satu cara penyelesai permasalahan yang menyeluruh. Kāffah bermakna sempurna atau keseluruhan. Dalam menggunakan teori kāffah dua metod diperkenalkan iaitu metod Yadawi dan Identifikasi untuk memudahkan masyarakat Islam memahami dan mengaplikasi hukum perwarisan Islam. Dengan penggunaan metod yadawi dan identifikasi ahli waris boleh memahami sistem perwarisan Islam dan tidak ada alasan lagi bagi orang Islam untuk mengabaikan hukum perwarisan yang didasarkan pada syarak.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 275
Call Number: tesis C63.ARO 2012 2
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.