Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/519632
Title: Hubungan pelancongan, dasar makro ekonomi dan pertumbuhan ekonomi
Authors: Kalsom Zakaria (P59737)
Supervisor: Tamat Sarmidi, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tourism -- Economic aspects
Tourism
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-May-2018
Description: Pelancongan merupakan salah satu industri yang penting dalam menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara terutamanya dalam tukaran mata wang asing. Kepentingan sektor ini jelas sekali kelihatan dengan kewujudan World Tourism Organization (UNWTO) iaitu merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab untuk mempromosikan pelancongan. Bagi mempromosikan pelancongan sesebuah negara perlu memperuntukkan sebahagian perbelanjaannya dalam sektor tersebut. Malaysia juga mempunyai peruntukan dalam perbelanjaan kerajaan terhadap pelancongan untuk memastikan pelancongan bergerak seiring dengan sektor-sektor lain. Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan dalam usaha untuk menarik lebih ramai ketibaan pelancong. Selain itu juga, pelan strategik Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia 2016-2020 telah dirangka bagi memastikan industri pelancongan Malaysia menjadi destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia menjelang 2020. Walau bagaimanapun, interaksi antara pelancongan, dasar makroekonomi dan pertumbuhan ekonomi masih kurang jelas. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan pelancongan, dasar makroekonomi dan pertumbuhan ekonomi. Kajian ini penting kepada pembuat dasar bagi merangka pelan strategik yang boleh menjadikan pelancongan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia. Pembuat dasar juga dapat melihat dengan jelas pembolehubah mana yang penting dalam mempengaruhi ketibaan pelancong ke Malaysia. Selain itu, maklumat ini juga penting kepada pengusaha dalam bidang pelancongan agar boleh membuat perancangan pemasaran dalam usaha menarik lebih ramai pelancong terutamanya pelancong asing. Bagi mencapai objektif kajian, terdapat dua tenik penganggaran yang digunakan iaitu kaedah ARDL (Autoregressive Distributed Lag) dan juga kaedah GMM (Generalized Method of Moments) digunakan. Data keluaran dalam negara kasar (KDNK), kedatangan pelancong (TR), kadar pertukaran efektif benar (REER), perbelanjaan kerajaan (GOV) dan perdagangan (T) dari tahun 1980-2014 digunakan. Hasil kajian mendapati wujudnya hubungan antara pelancongan, dasar makroekonomi dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, kajian juga mendapati ketidaktentuan kadar pertukaran efektif benar dan juga ketidaktentuan perbelanjaan kerajaan memberi kesan negatif terhadap kedatangan pelancong.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 176
Call Number: G155.A1K338 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.