Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/515839
Title: Faktor peramal tingkahlaku merokok dalam kalangan remaja tingkatan dua di sekolah-sekolah luar bandar di negeri Melaka : satu kajian kes kawalan
Authors: Nor Afiah Mohd Zulkefli (P42715)
Supervisor: Rahmah binti Mohd Amin, Profesor Madya Dr
Keywords: Merokok
Remaja
Tingkatan dua
Sekolah-sekolah
Luar bandar
Melaka
Public health
Issue Date: 7-Feb-2013
Description: Merokok dalam kalangan remaja luarbandar menunjukkan peningkatan tren yang signifikan berbanding dengan remaja bandar. Oleh yang demikian kajian ini adalah untuk menentukan faktor peramal merokok bagi remaja tingkatan dua yang bersekolah di sekolah luarbandar di negeri Melaka. Kajian yang dijalankan pada Julai 2009 hingga Disember 2010 ini menggunakan kedua-dua kaedah kes kawalan tidak berpadanan dan kualitatif. Seramai 484 orang kes dan 444 orang kawalan telah dipilih menggunakan persampelan rawak kluster. Pembolehubah bersandar adalah tingkahlaku merokok dan pembolehubah tidak bersandar adalah faktor-faktor yang dibahagikan kepada sosiodemografi, individu, keluarga, sekolah dan persekitaran. Borang soal selidik yang telah diuji validasi dan reliabiliti serta proforma digunakan bagi pengumpulan data. Penganalisaan data adalah menggunakan SPSS versi 18. Kajian kualitatif yang dijalankan menggunakan kaedah kajian rekabentuk siri kes melibatkan 28 orang pelajar yang dipilih secara bertujuan. Maklumat diperolehi menggunakan Perbincangan Kumpulan Berfokus dan dianalisa secara manual. Faktor peramal merokok adalah lelaki (OR=6.70, 95%SK4.14-10.83), beragama Islam (OR=4.46, 95%SK2.36-8.44), terpengaruh dengan melihat amalan pelakon merokok (OR=8.67, 95%SK5.53-13.58), merasakan merokok boleh menenangkan fikiran (OR=2.45, 95%SK1.33-4.51) dan mengambil makan tengahari di sekolah (OR=1.58, 95%SK1.04-2.41). Faktor peramal yang lain adalah mempunyai ibubapa atau penjaga yang tidak pernah melarang menonton unsur-unsur seks, penggunaan dadah atau keganasan di televisyen atau wayang ketika menonton bersama (OR=1.73, 95%SK1.06-2.83), merasakan merokok itu tidak merbahayakan apabila melihat guru merokok (OR=3.95, 95%SK2.19-7.10), mempunyai masaalah dengan pihak pengurusan sekolah (OR=1.75, 95%SK1.07-2.88), mempunyai rakan yang pernah menawarkan rokok (OR=2.81, 95%SK1.79-4.42), mempunyai rakan-rakan merokok (OR=2.32, 95%SK1.29-4.81), mempunyai rakan yang pernah memaksa untuk mereka merokok (OR=2.17, 95%SK1.15-4.12) dan pernah mendengar kempen 'Tak Nak' merokok (OR=1.89, 95%SK1.06-3.37). Pengertian yang lebih mendalam tentang faktor-faktor risiko yang dikenalpasti melalui analisa multivariat telah didapati daripada hasil kajian kualitatif. Oleh yang demikian hasil kajian ini akan dapat diterapkan dalam program intervensi merokok berasaskan faktor-faktor peramal di atas untuk mengatasi masalah peningkatan prevalens merokok di sekolah luar bandar.,Ph.D
Pages: 274
Call Number: WA20.5.N8222f 2013 9HUKM
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_74659+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.