Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/515383
Title: Kajian struktur dan epitop IgE alergen der f 21 daripada dermatophagoides farinae
Authors: Pang Sze Lei (P75111)
Supervisor: Ng Chyan Leong, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
House dust mites - Ecology
House dust mites -- Control
Dermatophagoides
Issue Date: 12-Sep-2017
Description: Hama debu rumah (HDM) dikenali sebagai salah satu penyebab utama alergi, satu gerak balas imun hasil daripada pemekaan antibodi imunoglobulin (Ig) E. Antara spesies-spesies HDM yang paling lazim adalah Blomia tropicalis, Dermatophagoides pteronyssinus dan Dermatophagoides farinae. HDM didapati mengandungi lebih daripada 30 kumpulan protein alergen. Kajian ini memfokuskan alergen penting daripada kumpulan 21 yang berhomolog dengan kumpulan 5 dan mempunyai fungsi biologi yang belum diketahui lagi. Sehingga kini, tiga alergen daripada kumpulan 21 telah dikenal pasti, iaitu Blo t 21, Der p 21 dan Der f 21. Antaranya, hanya struktur NMR Blo t 21 dalam larutan telah dikaji dengan menggunakan NMR. Walaupun berkongsi persamaan jujukan dan struktur yang tinggi, Blo t 21 didapati mempunyai kereaktifan silang IgE yang rendah dengan alergen kumpulan 5. Kajian lepas menunjukkan bahawa Der f 21 mempunyai kereaktifan silang IgE yang rendah dengan Blo t 21 daripada kumpulan alergen yang sama. Namun, kajian kebelakangan ini menunjukkan bahawa Der f 21 mempunyai kereaktifan silang yang tinggi dengan Blo t 21 dan alergen kumpulan 5. Untuk memastikan diagnostik dan rawatan yang tepat, pemahaman yang lebih mendalam tentang kereaktifan silang antara alergen kumpulan 21 dan 5 yang berkongsi persamaan jujukan dan struktur yang tinggi adalah sangat penting. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan struktur protein Der f 21 dan seterusnya menentukan residu epitop IgE alergen ini. Penentuan epitop IgE akan membantu dalam pemahaman kealergenan Der f 21 dan menjelaskan kereaktifan silang IgE. Alergen protein rekombinan Der f 21 (rDer f 21) telah berjaya diekspres secara berlebihan dalam sistem pengekspresan E. coli dan ditulenkan dengan menggunakan kromatografi afiniti dan penurasan gel. Protein rDer f 21 telah dihablurkan melalui kaedah resapan wap sitting-drop dan hanging-drop. Dua hablur rDer f 21 yang bersesuaian untuk belauan sinar-X telah diperolehi daripada takungan yang mengandungi pemendak iaitu PEG 400 (rDer f 21PEG400) dan PEG MME 2000 (rDer f 21PEG2KMME), masing-masing. Kedua-dua set data belauan telah diproseskan kepada resolusi 1.5 Å untuk rDer f 21PEG400 dan 2.3 Å untuk rDer f 21PEG2KMME . Struktur-struktur rDer f 21 telah diselesaikan melalui kaedah penggantian molekul. Struktur rDer f 21 terdiri daripada gugusan heliks yang dibentuk oleh tiga heliks α yang tidak selari dan didapati mempunyai persamaan yang tinggi dengan struktur Blo t 21, Blo t 5 dan Der p 5. Dalam hablur, rDer f 21 membentuk dimer. Kaedah-kaedah bio-fizikal yang lain pula menunjukkan bahawa rDer f 21 membentuk oligomer dalam larutan, bergantung kepada kepekatan protein. Amat menariknya, pemuliharaan tapak pengikatan ligan hidrofobik di antara muka dimer rDer f 21 dengan Der p 5 telah mencadangkan fungsi biologi yang serupa antara alergen kumpulan 21 dan 5. Dengan menggunakan struktur rDer f 21, mutagenesis berpandukan struktur bagi semua residu bersifat polar dan terdedah pada permukaan protein rDer f 21 dan asai pedapan titik telah dilakukan. Satu korelasi positif yang jelas antara kepelbagaian epitop rDer f 21 dan aras IgE spesifik-rDer f 21 bagi individu atopi telah didedahkan. Tambahan pula, epitop utama rDer f 21 yang berlainan juga telah ditentukan dan menjelaskan kereaktifan silang IgE dalam kalangan kumpulan 21 dan antara kumpulan 21 dan 5. Kajian epitop IgE rDer f 21 berdasarkan struktur dengan menggunakan jumlah bilangan serum yang tinggi ini telah memberi pemahaman ke arah pembangunan hipoalergen, terutamanya alergen kumpulan 21 dan juga boleh digunakan sebagai model untuk kajian alergen yang lain demi meningkatkan keberkesanan rawatan imunoterapi pada masa depan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 183
Call Number: QL458.2.P95L435 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_120895+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.14 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.