Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/514930
Title: al-Raqabat al-idariyyah wa-al-maliyah fi al-mu'assasat al-islamiyyah dirasah tadbiqiyyah 'ala Jam'iyyat al-Da'wah al-Islamiyyah al-'Alamiyyah Libya
Authors: Mas'ud Ahmad Sa'id Ahmad (P54910)
Keywords: Pengurusan Industri
Industrial management
Issue Date: 4-Apr-2013
Description: Kajian ini menyentuh tentang pengawasan terhadap urus tadbir dan kewangan dalam organisasi Islam di Tripoli, Libya. Kajian ini akan menjadikan THE WORLD ISLAMIC CALL SOCIETY (Persatuan Dakwah Islam) di sana sebagai sampel kajian. Kajian sebegini amat penting kerana organisasi dan persatuan Islam seumpamanya amat perlu kepada satu pengawasan dan pemantauan di sudut urus tadbir dan tata kelola kewangan sesebuah organisasi. Ia boleh membongkar sebarang salah laku pentadbiran, ketirisan kewangan, salah guna harta awam dan agihan peruntukan secara tidak betul. Permasalahan yang cuba dibangkitkan dalam kajian ini ialah sejauh manakah kejayaan pengawasan organisasi seperti ini dalam persatuan dakwah berkenaan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti sejauhmana kemantapan sesebuah organisasi membantu untuk menjayakan pengawasan urustadbir dan tata kelola kewangannya. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perkakasan pengawasan yang telah digunakan dalam mengaudit pentadbiran persatuan tersebut. Kajian ini cuba memperlihatkan peri pentingnya penggunaan teknologi maklumat (IT) dalam penyediaan maklumat dan pemindahannya. Kajian secara kualitatif digunakan untuk menjayakan kajian ini, di mana sebarang bentuk petunjuk dan dan maksud yang boleh dianalisis dari data yang dikumpul untuk menjelaskan hubungan antara berbagai perubahan dan pembolehubah dalam sesebuah organisasi dan untuk mendapatkan tafsiran yang sesuai terhadap keadaan ini. Ia juga digunakan untuk membuat jangkaan masa depan berasaskan fenomena dan peristiwa yang menjadi bahan kajian dalam tajuk ini. Soal selidik juga dijalankan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih mantap. Kajian ini mendapati bahawa pembolehubah dan fenomena berasingan mempunyai kaitan secara dalaman dengan keberkesanan pengawasan urus tadbir dan kewangan organisasi begitu juga ia mempunyai petunjuk statistik yang boleh diukur. Kajian ini juga mendapati bahawa peranan yang dijalankan oleh badan pengawasan ini kurang berkesan dan tidak berfungsi secara maksimum. Kajian ini mencadangkan agar semakan semula dibuat terhadap segenap perkakasan badan pengawasan ini supaya lebih berdaya maju. Pendekatan teknikal seperti teknologi maklumat perlu diperkemaskan. Modal insan yang merupakan unsur asasi dalam pengurusan perlu diberi perhatian. Satu ketetapan umum atau kriteria perlu digariskan untuk membuat penilaian terhadap perlaksanan teorinya di samping ia boleh digunakan untuk penilaian amali.,Ph.D
Pages: 276
Call Number: HD28.M346 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of West Asian Studies / Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_84441+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.54 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.