Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/514589
Title: Penglibatan politik dan keberadaan wanita PAS di Selangor dan Kelantan (1982-2015)
Authors: Zaireeni Azmi (P65270)
Supervisor: Rashila Ramli, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Wanita
Politik
PAS
Keberadaan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 26-Aug-2017
Description: Kajian ini bertujuan meneliti penglibatan wanita dalam konteks pendemokrasian dengan menganalisis keberadaan mereka di dalam politik nasional iaitu pilihan raya dan pengurusan parti. Fokus diberikan kepada wanita yang menganggotai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Proses penglibatan dan keberadaan wanita PAS dinilai dengan melihat hubung kait di antara pengurusan PAS dengan pemenuhan permintaan mereka serta mengkaji akses dan faktor yang mempengaruhi. Pendekatan kaedah kualitatif dalam kajian ini mendokong epistimologi feminisme. Rekabentuk kajian melibatkan temu bual bersama 30 orang pimpinan wanita PAS dan 10 orang pimpinan utama lelaki yang terdiri daripada ahli parlimen, ahli undangan negeri, ahli majlis termasuk pimpinan parti. Di antara kekuatan kajian ini ialah penggunaan teknik temu bual naratif untuk mendapatkan maklumat daripada informan yang menunjukkan impak kukuh pada dapatan kajian. Data primer juga diperolehi melalui pemerhatian dengan terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti informan dan parti di samping menghadiri bengkel dan konvensyen yang berkaitan sepanjang tahun 2013-2015. Kajian memperkenalkan konsep keberadaan dalam konteks dalaman dan luaran yang memberi variasi baru kepada maksud asal keberadaan atau visibility yang lazimnya diukur dari segi angka, saiz atau bilangan wanita di peringkat pembuatan keputusan oleh sarjana-sarjana luar dan tempatan. Temuan kajian menunjukkan bahawa keberadaan wanita dalam politik perlu juga dinilai kepada penglibatan yang lebih substantif dan memberi impak kepada masyarakat yang sekaligus melebarluaskan maksud penglibatan dalam definisi demokrasi. Dapatan kajian turut mengenal pasti keinginan politik wanita yang mencabar definisi keinginan politik atau political ambition sarjana Barat yang lebih tertumpu kepada jawatan sebagai matlamat utama dalam berpolitik. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi keinginan politik informan iaitu faktor budaya, identifikasi parti dan pilihan peribadi yang mewujudkan peluang penglibatan dan keberadaan dalam politik atau peluang tersebut tidak diendahkan dalam konteks lokal. Faktor pilihan peribadi adalah faktor penting yang mencorak jenis dan tahap penglibatan politik wanita yang mana dalam konteks demokrasi, pilihan peribadi (wanita) tidak diserlahkan sebagai keputusan demokratik. Temuan kajian turut mendapati terdapat perbezaaan dalam parti yang membahagikan wanita PAS kepada kelompok reformis dan progresif, traditionalis tetapi progresif, serta pendakwah dan aktivis yang mempengaruhi keberadaan mereka dalam politik. Selain itu, pendekatan peranan wanita di belakang tabir berjaya memastikan kelangsungan PAS sebagai sebuah parti politik yang kuat. Keunikan kajian ini ialah mempribumikan konsep keberadaan dan keinginan politik yang boleh diaplikasikan apabila membincangkan penglibatan wanita dalam pelbagai organisasi politik atau bukan politik di mana-mana negara. Ia membantu memahami mengapa walaupun telah pelbagai usaha dilakukan untuk memposisikan wanita di peringkat pembuatan keputusan tetapi jumlah mereka masih rendah. Penonjolan proses keberadaan atau visibility yang memberi fokus kepada impak dan partisipasi yang substantif bukannya saiz dan angka merupakan sumbangan utama kajian ini dan mencabar maksud visibility yang sedia ada.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 393
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_97803+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
495.87 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.