Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/499974
Title: Struktur dan sifat elektronik ruthenium(ii) bipiridil n-(r-benzoil)-n'-(1,10-fenantrolina-5-il)tiourea
Authors: Tan Siew San (P74557)
Supervisor: Mohammad Kassim, Prof. Dr.
Keywords: Elektron
Ligan terbitan
Spektrum
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 13-Jan-2017
Description: Tindak balas kondensasi di antara benzoil isotiosianat dan 5-amina-1,10-fenantrolina (phen) telah menghasilkan dua siri ligan terbitan N'-(R-benzoil)-N'-(1,10-fenantrolina-5-il)tiourea dengan formula umum phen-R-BT, yang mana R terdiri daripada kumpulan penarik elektron (F, Cl, Br, dan NO2) dan kumpulan penderma elektron (OCH3, dan CH3) masing-masing pada kedudukan ortho, meta dan para. Sembilan belas ligan yang dihasilkan telah dicirikan berdasarkan analisis mikroanalisis unsur, spektroskopi inframerah (IR), ultralembayung dan cahaya nampak (UV-Vis), spektrometer jisim, resonans magnet nukleus (RMN) dan kristalografi sinar-X. Spektrum inframerah ligan menunjukkan jalur regangan ν(NH), ν(C-N), ν(C=O), ν(C=S) masing-masing pada julat 3261-3630, 1412-1481, 1702-1656 dan 1269-1239 cm-1. Manakala, spektrum UV-Vis memaparkan dua jalur serapan, pada julat 234-230 dan 279-270 nm bagi peralihan elektron π → π* masing-masing bagi moieti bipiridina dan fenantrolina. Spektrum RMN 1H memaparkan isyarat singlet pada sekitar 12.35-12.71 ppm dan 11.46-12.40 ppm masing-masing mewakili dua proton amina δH(Na) dan δH(Nb). Spektrum 13C menunjukkan anjakan kimia atom C=S dan C=O masing-masing pada sekitar δ= 182.04-182.43 dan δ = 167.37-167.98 ppm. Tindak balas ligan dengan prekursor Ru(bpy)2Cl2 telah menghasilkan sembilan belas kompleks dengan formula umum [Ru(bpy)2phen-R-BT](PF6)2 dicirikan berdasarkan analisis mikro-unsur, spektrometer jisim, spektroskopi IR, UV-Vis, RMN dan pendarfluor. Sifat elektronik kompleks telah dikaji secara elektrokimia dengan kaedah voltammetri berkitar (CV) dan spektroelektrokimia. Tenaga jalur penyerapan yang paling rendah (λmax = 451-454 nm; ε = 13,056-17,937 Lmol-1cm-1) merujuk pada peralihan caj logam kepada ligan MLCT d(π)6 → π* (ligan). Sementara peralihan bertenaga tinggi pada 256-257 (ε = 18,566-29,715 Lmol-1cm-1) dan 285-286 nm (ε = 47,889-69,995 Lmol-1cm-1) bagi peralihan yang melibatkan orbital π → π* pada ligan (bpy dan phen) turut dikesan. Voltammogram berkitar bagi kompleks Ru(II) menunjukkan hanya satu proses pengoksidaan berbalik (RuII/RuIII) berlaku pada E1/2(ox) = 1.08-1.42 V. Tiga proses penurunan tidak berbalik yang berasaskan ligan berlaku masing-masing pada kawasan E1/2(red) = 0.81-1.17 V, 1.24-1.60 V dan 1.68-1.84 V, yang merujuk kepada penglibatan elektron π. Spektrum spektroelektrokimia bagi proses pengoksidaan menunjukkan kehilangan intensiti serapan MLCT sejajar dengan cerapan bahawa pengoksidaan melibatkan kehilangan elektron ion RuII dan membentuk RuIII. Manakala proses penurunan telah merendahkan tenaga serapan peralihan intraligan π → π* tanpa menjejaskan jalur MLCT. Pengiraan kuantum dengan kaedah teori fungsi ketumpatan (DFT) terhadap kompleks telah menunjukkan orbital HOMO bertumpu pada ion RuII manakala LUMO pula tersebar ke moieti bipiridina dan phen-benzoiltiourea. Kumpulan R pada moieti benzoil tidak memberi kesan yang ketara terhadap taburan elektron pada kompleks kerana satah moieti benzoil hampir ortogonal terhadap moieti fenantrolina. Perubahan pH (1-11) telah menyebabkan spektrum jalur serapan dan pendarflor kompleks [Ru(bpy)2phen-R-BT]2+ mengalami anjakan batokromik apabila pH meningkat kerana tenaga relatif bagi orbital π* (ligan) menurun dan secara tidak langsung telah menstabilkan peralihan MLCT. Perubahan elektronik kompleks [Ru(bpy)2phen-R-BT]2+ yang sensitif terhadap perubahan pH menunjukkan kompleks mempunyai potensi sebagai sensor optik berdasarkan perubahan pH.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 186
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_96861+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
720.93 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.