Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/497403
Title: Stagnasi dalam pembangunan industri hasil sampingan padi di Malaysia : kes jerami padi di Wilayah Mada
Authors: Rosmiza binti Mohd Zainol (P41794)
Supervisor: Amriah Buang, Prof. Dr.
Keywords: Stagnasi
Industri
Padi
Malaysia
Jerami padi
Wilayah Mada
Rice -- Malaysia
Issue Date: 13-May-2012
Description: Malaysia kini telah beralih dari era kemalapan kepada era rejuvenasi dalam sektor pertanian. Bagaimanapun, tidak semua komponen dalam sektor pertanian di negara ini mendapat sentuhan rejuvenasi yang sama. Industri jerami padi merupakan salah satu komponen yang seperti tercicir dalam proses rejuvenasi ini. Penyelidikan ini dilakukan untuk menjawab persoalan mengapa masih berlaku stagnasi dalam pembangunan industri jerami di Wilayah MADA sedangkan ia merupakan wilayah terunggul pengeluaran padi dan jerami negara. Kaedah kajian adalah berfokus kepada kepada empat dimensi utama iaitu kajian enterprais (n = 19), kajian komuniti petani (n = 160) yang terlibat dalam projek penawaran jerami , kajian institusi (n = 15) dan kajian dasar. Analisis data adalah menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif. Data diinterpretasi dengan menggunakan analisis SWOT dan pendekatan pemikiran kritikal untuk mengaitkan hubungan ideologi pembangunan dengan persoalan stagnasi dalam industri jerami di Wilayah MADA. Dapatan kajian menunjukkan: (i) terdapat 11 skor faktor kekuatan bagi menyokong rejuvenasi industri jerami antaranya kedudukan padi sebagai tanaman strategik negara, kedapatan jerami yang banyak dan berterusan, kelebihan jerami dalam penghasilan produk, dan keterbukaan petani terhadap inovasi; (ii) terdapat enam skor faktor peluang bagi menyokong rejuvenasi industri jerami antaranya penekanan dasar ke arah pengurusan sumber secara mesra alam, penyerlahan identiti Negeri Kedah sebagai Jelapang Padi Negara dan beberapa insentif kewangan; (iii) terdapat 11 skor faktor kelemahan yang perlu diatasi bagi menyokong rejuvenasi industri jerami antaranya ketiadaan dasar rasmi yang menjurus kepada pembangunan industri jerami, kurangnya promosi menyebabkan kelebihan jerami tidak menonjol, dan kurangnya penyertaan pihak swasta berskala besar dan teknologi pemungutan jerami yang tidak cekap; dan (iv) terdapat 12 skor faktor ancaman yang perlu dibasmi bagi menyokong rejuvenasi industri jerami, antaranya pemberian subsidi baja kimia yang menghalang penggunaan meluas baja kompos, dan pertukaran kepimpinan institusi pelaksana kepada yang kurang mesra jerami. Merujuk kepada hakikat betapa ketiadaan pendekatan agropolitan dalam projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bererti terlepasnya peluang terkini untuk merejuvenasi industri jerami di Wilayah MADA, kajian merumuskan bahawa faktor dasarlah yang paling menyebabkan stagnasi dalam industri jerami di Wilayah MADA. Kesimpulannya, stagnasi industri jerami padi di Wilayah MADA hanya akan berakhir jika dan bila berlaku perubahan dasar daripada meminggir kepada menujah seutuhnya pembangunan industri jerami padi.,Ph.D
Pages: 366
Call Number: SB191.R5.R647 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_74643+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.44 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.