Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/488109
Title: Reka bentuk dan pembangunan Massive Open Online Course (MOOC) untuk pembelajaran qirā'āt serta penilaian berasaskan analitik pembelajaran
Authors: Fatin Nabilah Abdul Wahid (P89287)
Supervisor: Muhammad Helmi Norman, Prof. Madya Ts. Dr.
Keywords: Teaching -- Aids and devices
Educational technology
Instructional systems
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Jun-2021
Description: Integrasi teknologi dalam Revolusi Industri ke-4 membuka peluang perubahan corak pendidikan daripada pembelajaran secara tradisional kepada pembelajaran berasaskan teknologi dalam pembelajaran agama seperti pendidikan Qirā'āt. Namun, penguasaan pelajar terhadap ilmu Qirā'āt berada di tahap yang sederhana dan rendah. Masalah ini berpunca daripada kaedah pembelajaran Qirā'āt secara talaqqi dan musyafahah yang memerlukan kehadiran guru dan pelajar secara bersemuka. Kepelbagaian keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kurang inovasi; aturan kendiri dan tempoh aktif pelajar yang berbeza; keterbatasan waktu, disamping ruang pembelajaran yang kurang kondusif menyebabkan talaqqi dan musyafahah tidak dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, pembelajaran berkonsepkan 'tutor-like' menerusi Massive Open Online Course (MOOC) telah dibangunkan dengan kaedah talaqqi dan musyafahah menggunakan teori konstruktivisme sosial dan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD). Kajian ini menggunakan pendekatan Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) melalui adaptasi Model ADDIE yang melibatkan lima fasa. Pada Fasa Analisis Keperluan, kaedah tinjauan dan analisis deskriptif telah digunakan dan dapatan menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap literasi teknologi yang tinggi untuk menggunakan MOOC sebagai platform pembelajaran. Dalam Fasa Reka Bentuk, reka bentuk elemen MOOC dilakukan melalui konsensus pakar menggunakan Teknik Perbincangan Kumpulan Berfokus (PKB) dan Fuzzy Delphi. Pada Fasa Pembangunan, elemen-elemen yang mendapat konsensus yang tinggi oleh pakar digunakan untuk membangunkan MOOC Qirā'āt dalam Openlearning.com. Seterusnya, dua ujian penilaian dilakukan pada Fasa Pelaksanaan dengan hasil deskriptif daripada ujian α (alfa) menunjukkan MOOC mengikut spesifikasi reka bentuk yang dipersetujui panel pakar manakala hasil deskriptif ujian β (beta) menunjukkan responden mempunyai tahap kesediaan dan penerimaan yang baik untuk menggunakan MOOC Qirā'āt. Seterusnya MOOC ditadbir dengan enrolmen dibuka kepada orang awam dalam tempoh tiga bulan. Analitik pembelajaran (learning analytics) MOOC, dianalisis secara analitik deskriptif, analitik diagnostik dan analitik prediktif untuk meneroka corak dan faktor yang mempengaruhi penglibatan aktif pelajar serta mengenal pasti pelajar yang keciciran. Manakala analisis tematik digunakan untuk menilai komen pelajar terhadap MOOC Qirā'āt. Hasil daripada Fasa Penilaian menunjukkan bahawa setiap pelajar mempunyai corak penglibatan berbeza yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu diri sendiri dan platform MOOC Qirā'āt. Justeru, pembelajaran menggunakan MOOC dengan analitik pembelajaran berpotensi dijadikan platform alternatif dalam menyokong proses pembelajaran secara talaqqi dan musyafahah dalam talian tanpa batasan waktu, serta membina pengetahuan secara konstruktivisme sosial mengikut kesesuaian pembelajaran tidak segerak secara aturan kendiri dan sekali gus dapat meningkatkan kemahiran Qirā'āt.,Ph.D
Pages: 318
Call Number: LB1044.88.F338 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_127539+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.65 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.