Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/488082
Title: Pembangunan model penyeliaan klinikal bagi guru reka bentuk dan teknologi Kementerian Pendidikan Malaysia
Authors: Fazidah Naziri (P88401)
Supervisor: Mohamad Sattar Rasul, Prof. Madya Ts Dr.
Keywords: Reka bentuk dan teknologi -- Pengajaran dan pembelajaran
Guru
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Nov-2020
Description: Proses bimbingan guru merupakan satu proses yang berpanjangan dan memerlukan jangka masa panjang dan bersistematik. Pembangunan model yang menepati keperluan guru melalui penerapan domain keprihatinan guru, kerangka Pengetahuan Teknologi Pedagogi dan Kandungan (PTPK) dan maklum balas mengisi kelompangan instrumen penyeliaan guru. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Penyeliaan Klinikal bagi guru Reka Bentuk dan Teknologi (MPK-RBT) Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional. Pembangunan model bagi memberi panduan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional membimbing guru RBT meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah. Kajian ini menggunakan kaedah Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research Approach) yang melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian kebolehgunaan. Fasa analisis keperluan dijalankan bagi melihat keperluan pembangunan model dengan 138 item menggunakan tinjauan borang soal selidik ke atas 386 dengan orang Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional seluruh Malaysia. Fasa reka bentuk dan pembangunan diaplikasikan bagi mendapat kesepakatan pakar seramai 15 orang dalam mengesahkan item dalam elemen utama setiap domain. Fasa reka bentuk mengaplikasikan kaedah Fuzzy Delphi di mana 114 item telah diterima dan dibincangkan melalui pendekatan Modified Nominal Group Technique (NGT Ubhsuai). Seterusnya sebanyak 73 item dipilih mengikut susunan keutamaan diundi oleh pakar mengunakan pendekatan Interpretive Stuctural Modelling (ISM) dengan bantuan perisian Concept Star. Fasa penilaian kebolehgunaan digunakan bagi menilai model mencapai tahap yang sesuai untuk digunakan melalui teknik analisis Cohen Kappa. Pembangunan sebuah Model Penyeliaan Klinikal Guru Reka Bentuk dan Teknologi menghasilkan susunan model bagi elemen keprihatinan guru, elemen kerangka PTPK dan elemen maklum balas. Rangkuman model akhir menunjukkan bahawa ianya mempunyai nilai kebolehbelajaran, kefahaman, kecekapan, nilai estetika dan keseluruhan model sesuai digunakan sebagai panduan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional membimbing guru RBT di sekolah. Kajian lanjutan ke atas model bagi membuat penilaian secara saintifik melalui kajian ekprementasi dan seterusnya membangunkan aplikasi penyeliaan klinikal secara dalam talian.,Ph.D
Pages: 416
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_126012+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.5 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.