Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/487827
Title: Pembangunan dan penilaian modul Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (e-CITAC) berasaskan strategi Blended Learning
Authors: Norhapizah Mohd Burhan (P66590)
Supervisor: Ab. Halim Tamuri, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Pembelajaran
Digital
Blended Learning
Modul e-CITAC
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Jan-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai modul kandungan pembelajaran digital (e-CITAC) dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) berasaskan strategi Blended Learning di sebuah universiti awam. Fokus kajian ini melibatkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti keperluan pengguna untuk membangunkan modul, mereka bentuk dan membangun modul, menilai kebolehgunaan modul dan menilai penerimaan pengguna terhadap modul. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan dengan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Penyelidikan ini melibatkan tiga fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian. Bagi fasa analisis keperluan, 481 orang pelajar dan 34 orang pensyarah terlibat dalam soal selidik menggunakan teknik pensampelan kluster dan pensampelan rawak mudah. Sementara itu, temu bual pula melibatkan 10 orang pensyarah sumber dan 5 orang pakar secara pensampelan bertujuan. Selain itu, dokumen berkaitan Kursus TITAS turut digunakan. Seterusnya, dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, sampel dipilih secara bertujuan melibatkan 9 orang pakar. Ujian α (alfa) ini menggunakan borang penilaian pakar dan soal selidik. Manakala ujian β (beta) membabitkan 40 orang pelajar menggunakan soal selidik sahaja. Menerusi fasa penilaian pula, 123 orang pelajar menjawab soal selidik, empat kumpulan pelajar terlibat dalam temu bual kumpulan berfokus dan dua orang instruktor ditemu bual secara individu. Analisis data dilakukan secara statistik deskriptif dan analisis kualitatif. Kajian fasa analisis mendapati bentuk nota yang diintegrasikan dengan multimedia merupakan pilihan utama di samping peta minda, video dan Youtube. Sementara itu, bentuk aktiviti utama ialah forum dalam talian, bentuk penilaian yang dominan ialah penulisan kertas kerja dan projek pelajar berkumpulan. Dapatan kajian menerusi ujian α (alfa) dan ujian β (beta) dalam fasa reka bentuk dan pembangunan menunjukkan modul boleh digunakan. Selanjutnya, dapatan kajian terhadap penilaian kebolehgunaan dalam pembelajaran, kebolehgunaan dalam memberi motivasi dan kebolehterimaan modul oleh pelajar terhadap Kursus TITAS menunjukkan tahap min tinggi dan sederhana tinggi. Kebolehgunaan modul e-CITAC dilihat amat relatif dari aspek pembelajaran personel, pelengkap pembelajaran dan kandungan modul. Modul e-CITAC turut menyumbang motivasi terutama dari aspek relevan dengan pelajar untuk mempelajari Kursus TITAS. Pelajar juga mempunyai tahap penerimaan yang tinggi dalam aspek jangkaan pencapaian. Ini menunjukkan modul e-CITAC dapat menyediakan bahan pembelajaran yang bersesuaian berasaskan strategi Blended Learning dan menyumbang motivasi kepada pelajar. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa, penerapan model pembelajaran motivasi ARCS, model persekitaran pembelajaran multimedia, strategi Blended Learning, teori kognitif pembelajaran multimedia dan teori konstruktivisme sosial ke dalam bentuk digital memberi reaksi positif dan sesuai diaplikasikan sebagai strategi pembelajaran Kursus TITAS pada masa hadapan. Selain itu, modul e-CITAC dapat menarik minat dan mewujudkan pembelajaran aktif. Sumbangan keseluruhan kajian ini ialah pembangunan modul e-CITAC berasas strategi Blended Learning, model modul kandungan pembelajaran digital, instrumen kajian dan literatur dalam bidang kajian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 640
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_96772+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
616.11 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.