Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/487201
Title: Algoritma penyerahan imbasan pantas terbantu rakan untuk sistem pemerolehan maklumat bagi rangkaian selular heterogen
Authors: Fazida Adlan (P49885)
Supervisor: Mahamod Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Rangkaian selular heterogen
Pemerolehan maklumat
Algoritma penyerahan
Issue Date: 24-Jun-2021
Description: Rangkaian Long Term Evolution Advanced Generasi ke-4 (LTE-A) merupakan contoh rangkaian heterogen masa kini yang menggunakan gabungan sel femto dan makro bagi menyediakan liputan yang menyeluruh serta meningkatkan kapasiti rangkaian tanpa wayar. Sungguhpun begitu senario susun atur bersesaluran padat di antara sel femto dan sel makro memerlukan penyerahan yang lancar, pantas dan pendekatan pengurusan kebolehgerakan yang cekap untuk memastikan kualiti perkhidmatan (QoS) dapat dipenuhi. Di samping itu, senibina rangkaian sel femto yang berpusat dan ketiadaan hubungan antara sel makro dan femto meningkatkan kerumitan teknik penyerahan yang cepat sebelum mencecah masa yang telah diperuntukkan. Memandangkan susun atur yang segera (ad hoc) dan tiada kerjasama di antara HeNB dan eNB maka teknik penyerahan perlu diperhalusi dan dijamin kelancarannya supaya masa penyerahan dapat dipendekkan, tatacara dimudahkan bagi memastikan perkhidmatan yang optimum diberikan kepada pengguna. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mencadangkan algoritma penyerahan dalam rangkaian sel femto (closed subscriber group) LTE-A menggunakan teknik Sistem Perolehan Maklumat Terbantu Rakan (SPMTr). Pertamanya, prestasi rangkaian makrofemto LTE/LTE-A dalam pelbagai senario termasuk jarak, kedudukan dan ketumpatan susun atur sel femto dan makro serta pergerakan rawak peranti pengguna yang membawa jenis perkhidmatan berbeza telah dianalisis. Seterusnya, pengurusan penyerahan tidak wajar digantikan dengan menggunakan teknik imbasan pantas dan penetapan masa menunggu berdasarkan kategori kumpulan pengguna untuk mengawal peratusan penyerahan tidak wajar dan meningkatkan keupayaan sistem. Bantuan rakan selokasi yang berkongsi sel makro, eNB, dan berada berdekatan dengan sel femto (closed subscriber group) sasaran, HeNB, diperkenalkan untuk memperoleh maklumat sel yang diperlukan untuk tujuan penyerahan dan membolehkan perkhidmatan sedia ada diteruskan tanpa gangguan pada masa yang sama. Prestasi skema telah dinilai melalui simulasi tahap sistem bagi metrik pengguna VoIP, peratusan penyerahan tidak wajar, pertukaran tatacara isyarat antara entiti, mengikut kebolehsesuaian pengguna terhadap keperluan QoS dibandingkan dengan prestasi teknik lazim berasaskan Petunjuk Kekuatan Isyarat diterima (RSSI) . Keputusan simulasi mengesahkan bahawa peratusan penyerahan tidak wajar dari makro ke femto berjaya dikurangkan sehingga 50% berbanding penyerahan berasaskan RSSI serta pengguna berjaya membuat penyerahan dari sel makro ke sel femto tanpa perlu menghentikan perkhidmatan VoIP yang sedang berlangsung. Di samping itu, pengiraan masa gangguan perkhidmatan teknik sistem perolehan maklumat terbantu rakan (SPMTr) yang digunakan menunjukkan masa adalah 85% lebih baik berbanding teknik lazim 3GPP. Justeru, teknik-teknik yang dicadangkan berpotensi memberikan pencapaian yang lebih baik dalam proses penyerahan, di samping perkhidmatan sensitif lengah seperti VoIP dapat dikekalkan sepanjang proses berjalan.,Ph.D.
Pages: 135
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_124566+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.68 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.