Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/487111
Title: Teknik penentuan lokasi hybrid berketepatan tinggi bagi sistem komunikasi tanpa wayar teknologi capaian radio berbilang
Authors: Sabariah Hj Bohanudin (P44215)
Supervisor: Mahamod Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Wireless localization
Wireless communication systems
Issue Date: 25-Jun-2020
Description: Sungguhpun Sistem Penentududukan Global (GPS) telah diperkenalkan sekian lama untuk menganggarkan kedudukan lokasi terutamanya semasa kecemasan (E-911), kemunculan peranti mudah alih dan telefon pintar dewasa ini yang dilengkapi kemudahan penentuan lokasi mudah alih yang lebih canggih membolehkan pelbagai aplikasi berasaskan kedudukan seperti Waze dan peta Google dapat dilakukan. Kebolehsediaan teknologi capaian radio berbilang (multi-RAT) dalam rangkaian tanpa wayar selular membolehkan penentuan lokasi mudah alih dapat dilakukan secara daratan dengan menggunakan teknik penentuan lokasi (LDT) iaitu sama ada untuk luaran atau dalaman bangunan. Namun, LDT tunggal seperti Time-of-Arrival (ToA), Time-Difference-of-Arrival (TDoA), Enhanced Observed-Time-Difference (EOTD), dan Observed Time Difference-of-Arrival (OTDoA) yang digunakan bagi teknologi selular generasi ke-2 (2G), 3G dan 4G ini kurang menunjukkan ketepatan penentuan lokasi yang tinggi berbanding LDT gabungan. Untuk mengatasi masalah ini, teknik LDT gabungan (HLDT) diperlukan dalam menentukan lokasi pengguna mudah alih berketepatan tinggi sama ada dalam keadaan Line of Sight (LoS) atau pun Non-Line of Sight (nLoS). Objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan dan membangunkan teknik HLDT berketepatan tinggi bagi rangkaian tanpa wayar berdasarkan teknik LDT tunggal ToA dan TDoA yang digabungkan masing-masing dengan algoritma Centroid Triangulation Algoritm (CTA) dan Circle-Circle Line Intersection Algorithm (CCLIA). HLDT ini dijangkakan dapat memberikan ketepatan penentuan lokasi mudah alih yang lebih tinggi daripada teknik LDT tunggal ToA dan TDoA. Ujian ketepatan bagi algoritma CTA dan CCLIA dilakukan sebelum ia boleh digunakan untuk menghasilkan Teknik LDT hibrid ToA-CTA, TDoA-CTA, ToACCLIA dan TDoA-CCLIA. Untuk rangkaian tunggal, teknik LDT yang digunakan seperti ToA dan TDoA yang terdiri daripada E-OTD bagi rangkaian 2G seperti GSM dan OTDoA bagi rangkaian 3G UMTS dan 4G LTE masing-masing adalah berdasarkan kepada Point of Attachment (PoA) tertentu stesen mudah alih (MS) atau kelengkapan pengguna (UE) yang bergantung kepada stesen tapak perkhidmatan (BS1). Prestasi LDT ditaksir berdasarkan ralat punca kuasa dua (RMSE), merujuk perbezaan dalam meter antara koordinat pengguna sebenar dengan koordinat yang dianggarkan. Model simulasi kebolehgerakan dan model kebolehdengaran dibangunkan bagi mengenalpasti proses pemilihan PoA, serta dua stesen tapak jiran terdekat iaitu BS2 dan BS3 semasa pergerakan MS atau UE untuk mendapatkan penentuan lokasi dengan tepat. Perbandingan ralat penentuan lokasi LDT tunggal dan HLDT ditunjukkan dengan menggunakan geraf fungsi taburan kumulatif (CDF). Hasil simulasi menunjukkan bahawa HLDT yang berasaskan CTA dan CCLIA masingmasing secara puratanya berupaya meminimumkan ralat lokasi sebanyak 45% dan 43% terhadap teknik LDT tunggal ToA dan TDoA. Teknik TDoA-CTA menghasilkan ketepatan penentuan lokasi tertinggi dengan ralat lokasi sebanyak 2.96 m dan 3.11 m pada aras 67% dan 90% CDF masing-masing dan memenuhi keperluan E-911. Hasil simulasi keseluruhan menunjukkan bahawa antara semua HLDT yang berjaya dibangunkan, TDoA-CTA mampu mengurangkan ralat lokasi tertinggi pada keduadua keadaan LoS dan nLoS dan dicadangkan boleh digunakan dalam kajian seterusnya bagi aplikasi LDT berketepatan tinggi untuk Generasi ke-5 masa depan.,Ph.D.
Pages: 181
Call Number: TK5103.4895.S233 2020 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_123075+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.91 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.