Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/485633
Title: Kajian tindakan terbitan tokotrienol pada perembesan insulin dari kelompak sel pankreas tikus wistar dalam sistem pengkulturan dinamik
Authors: Chia Ling Li (P60222)
Supervisor: Ibrahim Jantan, Prof. Dr.
Keywords: Tokotrienol (T3)
Antioksidan
Diabetes
Hiperlipidemia
Glukosa
Insulin
Sel pankreas
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 30-Aug-2017
Description: Tokotrienol (T3) terkenal dengan keupayaan antioksidan selain daripada potensi terapeutiknya terhadap komplikasi klinikal yang disebabkan oleh diabetes seperti hiperlipidemia. Walaupun terdapat persamaan pada struktur kimia, analisa terperinci menunjukkan bahawa perbezaan antara pengganti metil pada terbitan T3 memberi kesan kepada tahap bioaktiviti dalam pelbagai eksperimen. Peranan penting δ- tokotrienol (δ-T3), γ-tokotrienol (γ-T3) dan α-tokotrienol (α-T3) dalam mekanisme untuk meningkatkan rembesan insulin serta pengaktifan ekspresi gen berasosiasi rembesan insulin telah dikaji. Eksperimen pendokkan molekul telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang pengikatan T3 kepada Reseptor Pengaktifan Perkembangan Peroksisom (PPAR). Kajian ini telah dijalankan dalam peranti mikrofluidik yang membekalkan nutrien yang berterusan serta mengekalkan ketepatan dos T3 sepanjang tempoh rawatan. Populasi sel pankreas tikus yang diisolasi daripada tikus jantan Wistar dirawat dengan T3 selama satu jam pada 37oC dalam sistem pengkulturan mikrofluidik yang membekalkan medium secara berterusan. Kepekatan akhir T3 dalam rawatan adalah 150, 300, 600 dan 1200 μM dalam media campuran glukosa sahaja [2.8 and 16.7 mM, sebagai medium asas (basal) dan perangsang (inducer) masing-masing] atau bersama dengan 30 mM kalium klorida (KCl, sebagai ajen depolarisasi membran). Supernatan kemudiannya dikumpulkan dan perembesan insulin diukur dengan asai immunojerapan terangkai enzim (ELISA). Manakala populasi sel tikus dikumpulkan untuk pengekstrakan RNA dan transkripsi berbalik untuk analisa ekspresi gen berkaitan pembebasan insulin menggunakan tindakbalas rantaian polimerase kuantitatif (qPCR). Tahap ekspresi gen berikut telah dianalisa: reseptor pengaktifan perkembangan peroksisom δ (PPARδ), reseptor pengaktifan perkembangan peroksisom γ (PPARγ), insulin 1 (INS1), pengangkut glukosa 2 (GLUT2), pankreas/duodenal homeobox-1 (PDX1), homolog onkogen v-maf muskuloaponeurotik fibrosarkoma (MafA) dan pembezaan neurogenik 1 (BETA2). Eksperimen pendokkan molekul dijalankan untuk mengkaji dok δ- dan α-T3 kepada model homologi PPAR menggunakan protokol dalaman CDOCKER diikuti dengan simulasi dinamik molekul menggunakan GROMACS 5.0.4. δ-T3 menampilkan pertalian yang lebih tinggi dalam interaksi pembentukan ikatan hidrogen berbanding α-T3 dalam interaksi tidak berpolar antara δ- dan α-T3 dengan PPARδ dan PPARγ. Pendedahan jangka pendek (satu jam) δ- dan γ-T3 kepada kelompok sel pankreas menunjukkan rembesan insulin yang lebih tinggi dan ekspresi gen kuantitatif yang ketara dalam kebanyakan kumpulan gen berasosiasi rembesan insulin yang mengandungi 16.7 mM glukosa sahaja dan 16.7 mM glukosa dengan 30 mM KCl antara 600-1200 μM (p < 0.05). Sebaliknya α-T3 kurang berupaya dalam pengaktifan tahap sintesis insulin dan rembesan insulin. Hasil kajian mencadangkan peranan penting terbitan T3 dalam pelepasan insulin dan potensi δ-T3 mempunyai potensi impak yang besar pada tahap sintesis insulin dalam pelepasan insulin yang dirangsang oleh glukosa melalui laluan pencetusan, terutamanya dengan kehadiran KCl. Kesimpulannya, δ-T3 dicadangkan sebagai rawatan yang terbaik dalam kawalan tahap glukosa yang tinggi serta mempamerkan nilai terapeutik dalam pengekalan homeostasis glukosa.,Ph.D.
Pages: 178
Call Number: QV20.5.C532k 2017 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_98661+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
216.02 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.