Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/476667
Title: Model input multimodal augmentasi realiti untuk pembelajaran perbendaharaan kata emosi berasaskan pengalaman pembelajaran
Authors: Nurhazarifah Che Hashim (P90494)
Supervisor: Nazatul Aini Abd Majid, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Augmentasi realiti
Pembelajaran
Perbendaharaan kata
Issue Date: 5-Jan-2020
Description: Input multimodal AR yang mengabungkan lebih dari satu input modaliti ke dalam persekitaran Augmentasi Realiti (AR) berupaya untuk membantu meningkatkan interaksi dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik. Namun, masih kurang kajian yang memberi fokus kepada gabungan input pengecaman pertuturan dan pengesanan emosi untuk aplikasi AR terutama dalam konteks pembelajaran. Oleh itu, kajian yang melibatkan gabungan input yang berbeza iaitu pengecaman pertuturan dan pengesanan emosi perlu bagi mengenalpasti keberkesanannya dalam pembelajaran perbendaharaan kata emosi menggunakan teori pembelajaran berasaskan pengalaman. Objektif kajian ini adalah untuk membangun dan menilai model yang menggabungkan input multimodal AR bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk pembelajaran perbendaharaan kata emosi dalam Bahasa Inggeris menggunakan teori pembelajaran pengalaman berasaskan Kolb. Untuk mencapai objektif ini, model ARAIKelt (Augmented Reality, Artificial Intellligence with Kolb Experiential Learning Theory) dibangunkan dengan ciri input multimodal AR iaitu pengecaman pertuturan dan pengesanan emosi ke dalam dua fasa kitaran pengalaman pembelajaran Kolb iaitu fasa pengalaman konkrit (CE) dan fasa pengalaman aktif (AE). Model telah disahkan oleh tiga orang pakar dan dinilai keberkesanannya melalui kajian kualitatif dan kuantitatif. Kajian kuantitatif dilakukan bersama 38 orang pelajar untuk menguji implementasi model yang dibangunkan ke dalam aplikasi AR. Hasil kajian menunjukkan respon positif daripada pelajar dari segi aktiviti pengalaman pengguna, penerimaan teknologi terhadap pengguna, beban kognitif, dan keberkesanan pembelajaran melalui perbandingan antara model ARAI-Kelt dengan model AR yang hanya berasaskan pertuturan (ARSpeech). Berdasarkan pengujian yang dijalankan juga menunjukkan faktor berkaitan pengalaman untuk model ARAI-Kelt menerima peningkatan yang signifikan secara statistik berbanding model ARSpeech. Keberkesanan pembelajaran yang dinilai melalui Pra-Ujian dan Pasca-Ujian menunjukkan aplikasi berasaskan model ARAI-Kelt menerima peningkatan yang signifikan secara statistik berbanding model ARSpeech iaitu (p<0.001, p<0.05) dengan perbezaan min sebanyak 8.95. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan model baru iaitu model ARAI-Kelt yang menggabungkan input pengesanan emosi ke dalam persekitaran AR yang hanya menggunakan input pengecaman pertuturan sahaja untuk proses pembelajaran. Gabungan input ini diintegrasikan ke dalam teori pembelajaran berasaskan pengalaman Kolb untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran, menambah baik prestasi pelajar dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih efektif terutama dalam pembelajaran perbendaharaan kata emosi.,Sarjana Teknologi Maklumat
Pages: 234
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_124898+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.92 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.