Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/475923
Title: Hubungan Antara Stres Guru Pendidikan Islam Dan Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Di Sekolah Menengah Daerah Klang, Selangor
Authors: Norhalimaton Saadiah binti Ayub
Supervisor: Prof. Madya Dr.Zainab binti Ismail
Keywords: Guru
Pendidikan
Stres
Islam
Teachers -- Job stress -- Malaysia -- Selangor
Issue Date: 18-May-2011
Description: Stres dalam kalangan guru Pendidikan Islam boleh menyebabkan mereka mengalami masalah fizikal dan emosi. Stres yang tidak dikawal boleh menjejaskan produktiviti guru dan pre stasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji senario sebenar stres guru Pendidikan Islam di Daerah Klang dan mengenalpasti sarna ada stres guru Pendidikan Islam mempunyai hubungan dengan pre stasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian tinjauan (survey research). Terdapat 90 orang guru Pendidikan Islam dan 2068 orang pelajar tingkatan empat di Daerah Klang. Dalam konteks kajian ini, seramai 77 orang guru Pendidikan Islam dan 200 orang pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai responden secara rawak. Mereka dipilih daripada sepuluh buah sekolah di Daerah Klang. Untuk mengumpul data mengenai senario sebenar stres guru Pendidikan Islam di Daerah Klang dan hubungan stres guru Pendidikan Islam dengan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, kajian ini menggunakan soal selidik. Manakala untuk memperolehi maklumat berkaitan tugas dan fenomena stres guru Pendidikan Islam, kajian ini menggunakan temubual tidak berstruktur. Data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif dan korelasi melalui peri sian komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), manakala data yang diperolehi melalui temubual tidak berstruktur dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati majoriti guru Pendidikan Islam mengalami stres pada tahap sederhana. Kebanyakan guru Pendidikan Islam didapati mengalami tekanan fizikal dan emosi. Faktor yang paling utama menyebabkan stres dalam kalangan guru Pendidikan Islam ialah sikap pelajar yang tidak bersungguh- sungguh dalam pelajaran, guru berasa bersalah apabila tidak dapat memenuhi tuntutan tugas dan bebanan kerja berkaitan pentadbiran dan pengkeranian. Untuk menangani stres, guru Pendidikan Islam didapati telah mengambil pendekatan yang proaktif dan bersikap positif dengan menganggap masalah sebagai cabaran di samping menggunakan pendekatan agama melalui peningkatan amal ibadah. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara stres guru Pendidikan Islam dengan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Sebaliknya, kajian ini mendapati faktor motivasi diri sendiri dan faktor motivasi ibu bapa merupakan faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian mereka.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 169
Call Number: LB2840.2.N555 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.