Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/475851
Title: Kebajikan kanak-kanak dalam hak hadanah di mahkamah syariah
Authors: Ummu Abihah Mohd Roslan (P58468)
Supervisor: Mohd Al-Adib Samuri, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Guardian and ward (Islamic law) -- Malaysia
Family law (Islamic law) -- Malaysia
Issue Date: 13-Apr-2016
Description: Pertikaian berhubung hak hadanah kanak-kanak di Mahkamah Syariah secara tidak langsung mengambilkira pertimbangan kebajikan kanak-kanak. Namun begitu, dalam mana-mana teks perundangan Islam, tidak dinyatakan kupasan terperinci dan tersusun tentang konsep kebajikan kanak-kanak, sebaliknya hanya menyatakan pensabitan hadanah adalah untuk menentukan kepentingan kanak-kanak. Selain itu, walaupun Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia memperuntukkan secara jelas berhubung dengan hak hadanah kanak-kanak, namun masih terdapat perbezaan dalam sesetengah peruntukan undang-undang di beberapa buah negeri seperti Perlis, Perak dan Terengganu. Malah, peruntukan undang-undang yang menyentuh kebajikan kanak-kanak dalam hak hadanah tidak diperuntukkan dalam enakmen tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep kebajikan kanak-kanak dalam hak hadanah menurut perbahasan para fuqaha, menghuraikan peruntukan undangundang di Malaysia yang menyentuh kebajikan kanak-kanak dalam hak hadanah dan menganalisis pandangan pengamal undang-undang Islam di Malaysia terhadap kebajikan kanak-kanak dalam hak hadanah. Kajian ini memilih kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Data dikumpul melalui analisis dokumen dan temubual mendalam separa struktur. Seramai empat orang peserta kajian iaitu Hakim Syarie, peguam syarie dan pegawai syariah di Jabatan Bantuan Guaman telah ditemubual. Hasil kajian menunjukkan konsep kebajikan kanak-kanak dalam hak hadanah telah disentuh secara tidak langsung oleh para fuqaha apabila membincangkan topik berkenaan dengan hak hadanah kanak-kanak terutama yang menyentuh soal umur, kemahuan, syarat kelayakan hadin dan hadinah. Selain itu, perbezaan peruntukan undang-undang dan ketiadaan peruntukan khusus berkaitan kebajikan kanak-kanak dalam hak hadanah dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia memberikan kesan dalam memutuskan pertikaian berkaitan hak hadanah. Para pengamal undang-undang Islam di Malaysia menggariskan elemen-elemen seperti nafkah anak, pemilihan pengasuh oleh kanak-kanak, peranan pegawai kebajikan dan pihak ketiga, jagaan anak angkat, tempat tinggal dan persekitaran, perilaku ibu bapa, pendidikan, umur dan agama sebagai pertimbangan kebajikan kanak-kanak dalam hak hadanah. Bagi menyeragamkan beberapa peruntukan undang-undang yang menyentuh hak hadanah di beberapa buah negeri yang masih berbeza, kajian ini memberi implikasi khususnya untuk memandu Hakim dan peguam syarie mengemukakan fakta dan keterangan yang berkaitan kebajikan kanak-kanak apabila mengendalikan kes tuntutan hak hadanah.,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana (Pengajian Islam)
Pages: 189
Call Number: BP158.G8U47 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.