Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/475738
Title: Sumbangan debat kepada pemerolehan bahasa kedua : teori output desakan dan pendekatan kefasihan
Authors: Nur Adibah Alias (P83639)
Supervisor: Kaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Debat
Bahasa kedua
Pertuturan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 23-Aug-2017
Description: Debat merupakan aktiviti yang membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa. Namun, tiada kajian yang menjelaskan secara terperinci bagaimana dan mengapa debat menyumbang kepada pemerolehan bahasa kedua. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat sumbangan debat kepada pemerolehan bahasa kedua dan kefasihan bertutur. Dua teori menjadi dasar bagi kajian ini iaitu teori output desakan dan pendekatan kefasihan. Teori output desakan percaya bahawa pelajar mampu memperoleh bahasa kedua serta kefasihan dengan cara mendesak pengeluaran output pelajar semasa aktiviti pertuturan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Responden kajian adalah pendebat bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Data kajian dikumpul melalui pemerhatian sesi latihan debat pendebat baru dan pendebat mahir, temubual pendebat dan borang reflektif. Temubual dijalankan ke atas empat orang pendebat yang mewakili UIAM ke Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Qatar. Semua data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan prosedur pengekodan dan akhirnya membentuk beberapa tema utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa debat membantu pemerolehan bahasa kedua kerana aktiviti debat menepati kesemua ciri-ciri aktiviti output desakan. Ciri-ciri tersebut ialah topik yang pelbagai, tugasan komunikatif, aktiviti berkumpulan, standard persembahan, perancangan masa dan pengulangan. Selain itu, debat juga membantu peningkatan kefasihan bertutur kerana aktiviti debat menepati hampir 80% ciri-ciri aktiviti kefasihan. Ciri-ciri tersebut ialah penekanan masa, aktiviti berfokuskan makna, perancangan dan persediaan serta pengulangan. Tambahan pula, dapatan kajian turut mendapati aktiviti debat memberi impak yang mendalam terhadap psikologi pendebat sebagai pelajar bahasa seperti peningkatan tahap kesediaan pendebat bertutur bahasa Arab serta peningkatan tahap keyakinan linguistik pendebat. Aktiviti debat boleh diaplikasikan dalam kelas pembelajaran bahasa kedua dengan memberi perhatian dan menekankan ciri-ciri aktiviti output desakan dan ciri-ciri aktiviti kefasihan. Malah tenaga pengajar boleh mengaplikasikan bentuk-bentuk latihan persediaan selain aktiviti debat seperti latihan case study dan modeling dalam kelas pembelajaran bahasa kedua.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 122
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.