Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/468019
Title: Rekabentuk dan prestasi sistem pengeringan terbantu suria dengan roda pepejal penyahlembapan
Authors: Tri Suyono (P49904)
Supervisor: Kamaruzzaman Sopian, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Drying agents-Testing
Issue Date: 7-Sep-2012
Description: Pengeringan ialah perlu untuk proses pengawetan bahan makanan dan bahkan bukan makanan. Sebuah sistem pengering suria dengan penyahlembapan telah direkabentuk dan dibina untuk mengeringkan bahan makanan. Sistem ini dapat menghasilkan suhu, kelembapan dan kadar aliran udara yang sesuai untuk melakukan pengeringan bahan makanan dalam kapasiti industri kecil sesuai dengan ciri-ciri bahan yang dikeringkan. Melalui proses ini bahan yang dikeringkan tidak mengalami kerosakan. Sistem ini terdiri daripada pengumpul tiub paip haba suria dengan jumlah luas 13.32 m2 , penukar haba jenis aliran silang untuk proses penjanaan semula dan memanaskan udara setelah proses penyahlembapan, roda penyahlembapan model WSG 770 keluaran NOVELAIRE dengan sistem proses 1:1, kadar aliran udara makimum 1,500 cfm, pam air panas kapasiti maksima 12 liter/minit, tangki air panas kapasiti maksimum 230 liter, kebuk pengering dan pemasangan fasiliti aliran udara serta pemanas udara elektrik untuk digunakan ketika tidak ada matahari atau untuk meningkatkan suhu. Penggunaan roda penyahlembapan sebagai alat penjerap kelembapan dalam sistem pengering sesuai kerana udara akan menjadi lebih kering juga menjadi lebih panas kerana proses isoterma. Prestasi pengumpul suria tiub paip haba dikendalikan pada kadar aliran air 8 liter/minit. Ujikaji ini dilakukan dengan dua mod: (1) menggunakan penukar haba untuk memanaskan udara pada proses penjanaan semula (2) menggunakan penukar haba untuk memanaskan udara setelah proses penyahlembapan sedangkan untuk proses penjanaan semula menggunakan pemanas udara elektrik. Keberkesanan penukar haba kedua sistem masing-masing 63.7% dan 60.6%. Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa pengumpul suria pada purata keamatan sinaran suria 505 W/m2 purata suhu air, ΔT dan kecekapan masing-masing 76.6o C, 8.077o C dan 68.29% sedangkan pada purata keamatan sinaran suria 0.624 kW/m2 , purata suhu air, ΔT dan kecekapan masing-masing 78.8o C, 10,335o dan 69.56%. Kajian pada roda penyahlembapan mod (1) memperoleh purata keberkesanan deria penyahlembapan, deria penjanaan semula, pendam penyahlembapan dan pendam penjanaan semula masing-masing 72.61%, 82.13%, 79.32% dan 78.91%. Pada mod (2) memperoleh purata keberkesanan deria penyahlembapan, deria penjanaan semula, pendam penyahlembapan dan pendam penjanaan semula masing-masing 71.4%, 71.99%, 66.97% dan 72.8%. Mod (1) dianggap lebih baik dari mod (2) dalam kajian ini dengan purata suhu udara pengering dan kelembapan mutlak masing-masing 58 o C dan 0.0157 kgair/kgudara kering, Sistem ini mampu menyejatkan 10.5 kgair/jam dalam bahan yang dikeringkan pada kecekapan pungutan 55%,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 144
Call Number: TP363.T738 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_120476+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.39 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.