Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/468000
Title: Kajian pengaruh iklim di tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran di Selangor, Malaysia
Authors: Nurul Syazwani Yahaya (P75006)
Supervisor: Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.
Keywords: Waste disposal sites -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-May-2018
Description: Tapak pelupusan yang diancam oleh bahaya pengaruh iklim boleh membawa impak negatif terhadap orang awam dan sumber alam. Kajian mengenai keterdedahan tapak pelupusan tempatan terhadap bahaya pengaruh iklim masih belum dikaji dengan baik di Malaysia. Negeri Selangor menghasilkan jumlah sisa per kapita yang tertinggi di dalam negara serta mempunyai bilangan tapak pelupusan yang banyak. Kajian ini menilai keterdedahan tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran di Selangor terhadap bahaya pengaruh iklim termasuk bahaya banjir, gelongsoran cerun serta hakisan pantai. Laluan keterdedahan dan implikasi terhadap komuniti turut dikenalpasti melalui kajian kes. Kajian ini juga memberi saranan langkah adaptasi untuk menghadapi ancaman bahaya pengaruh iklim. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini merangkumi penilaian keterdedahan dan kerentanan melalui kajian desktop, pemeriksaan lapangan dan penilaian impak melalui pendekatan punca-laluan-reseptor-kesan. Hasil saringan terhadap 21 buah bekas dan tapak pelupusan rasmi di Selangor mendapati enam terdedah kepada bahaya banjir, dua terdedah kepada bahaya gelongsoran cerun manakala dua lagi terdedah kepada bahaya hakisan pantai. Pemeriksaan di lapangan mendapati bahawa ciri-ciri pada tapak pelupusan membawa kepada kerentanan terhadap bahaya tersebut. Kajian kes di Panchang Bedena menunjukkan potensi terhadap pembebasan bahan cemar sisa yang tinggi dari tapak pelupusan melalui banjir serta hakisan. Keadaan ini berupaya membawa impak yang meluas terhadap komuniti dan alam sekitar. Kajian ini mencadangkan semakan ke atas “Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal” untuk mengambil kira aspek ancaman bahaya pengaruh iklim bagi mengurangkan risiko masa hadapan. Negeri Selangor juga disarankan untuk menerima pakai Akta 672 bagi menyelaraskan pengurusan sisa pepejal perbandaran ke arah yang lebih mampan. Semakan perancangan guna tanah di Selangor turut perlu mengambil kira aspek tersebut bagi mengawal risiko terhadap orang awam dan sumber alam. Di samping itu, komuniti yang menetap di kawasan berhampiran dengan tapak pelupusan perlu diberi kesedaran mengenai keterdedahan terhadap bahaya supaya langkah kecemasan yang sesuai dalam diperkenalkan bagi meningkatkan daya tahan mereka kepada bencana.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains
Pages: 178
Call Number: TD741.N838 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Southeast Asia Disaster Prevention Research Institute / Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_107287+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.