Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/465909
Title: Penilaian terhadap pelaksanaan pembangunan Bandaraya Islam kes kajian Kota Bharu Bandaraya Islam
Authors: Azhar Abd Aziz (P341117)
Supervisor: Abdul Samad Abdul Hadi, Prof. Emeratus Dato' Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Architecture -- Islamic countries
City planning -- Malaysia
Issue Date: 5-Jan-2012
Description: Pengisytiharan bandar Kota Bharu sebagai bandaraya Islam oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada 1. hb Ogos 2005, telah mencetuskan pelbagai pandangan, yang ditujukan kepada soal keperluan mengenalpasti ciri-ciri sebuah bandaraya Islam. Ciri-ciri bandaraya Madinah dan bandaraya Islam selepas Madinah cuba dipadankan dengan ciri-ciri sediada yang terdapat di bandar Kota Bharu. Kajian ini menumpukan kepada, apakah ciri-ciri yang menjadi asas bagi pembangunan sebuah bandaraya Islam di sesuatu tempat. Penyelidikan ini cuba menilai ciri-ciri bandaraya Islam melalui kajian literatur semasa, petikan ayat Al Quran, Al Hadis dan sumber rujukan tradisi Islam 'turats' berhubung pendekatan Rasulallah SAW dan para sahabatnya semasa membangunkan bandaraya Madinah. Bagi melengkapkan pengkajian ciri-ciri bandaraya Islam, kaedah kualitatif-kuantitatif digunakan untuk mendalami aspek-aspek berkaitan tasawwur Islam 'Islamic worldview' yang dikaitkan dengan pemakaian Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat, 'Maqasid Syariah' dan 'Fiqh Al Umran'. Kajian persepsi secara kaedah kuantitatif terhadap 141 responden dipilih secara 'purposive' di bandar Kota Bharu dilakukan pada Januari 2007 bagi menjejaki ciri-ciri bandaraya Islam terkumpul di Kota Bharu dengan menggunakan soal selidik. Kajian mendapati bahawa tanggapan responden keseluruhan yang menyatakan Kota Bharu mencapai ciri-ciri sebuah bandar Islam adalah pada min skala likert 4.0. Bagi aspek Islam, Iman, Ihsan dan Maqasid Syariaah keseluruhan mencapai min pada skala likert 4.0. Manakala aspek sosioekonomi, sosial, fizikal, ekonomi dan warisan identiti juga mencapai min pada skala likert 4.0. Selain daripada itu, kajian pengamatan dilakukan di bandar Kota Bharu serta kajian terhadap dokumen-dokumen dari Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Temubual dan perbincangan telah dilakukan dengan 8 orang tokoh utama yang terpilih di Kota Bharu. Kajian ini mendapati, identiti warisan Islam melalui ulama' dan dan Kesultanan Melayu Kelantan wajar dikekalkan dan ditonjolkan sebagai daya tarikan dalam bandar Kota Bharu dan bandar-bandar satelit. Manakala dari aspek ciri-ciri perlaksanaan bandaraya Islam, pihak pentadbir dan perancang telah mengaplikasikan pendekatan menyeluruh dari segi ibadah, bina insan dan hubungan sosial secara Islam. Hasil penemuan terhadap ciri-ciri bandaraya Islam telah dapat menyenaraikan ciri-ciri yang mempunyai padanan dengan bandaraya Madinah dan bandaraya Islam lain selepasnya dalam prospek perancangan dan pembangunan semasa di bandar Kota Bharu. Ciri-ciri bandaraya Islam yang disenaraikan ini mampu merangsang pertumbuhan bandar Kota Bharu sebagai bandaraya Islam pada masa hadapan dengan mengemukakan kerangka pentadbiran, budaya kerja, rekabentuk bandar dan persekitaran semasa. Melalui aplikasi konsep ciri-ciri bandaraya Islam dapatlah melahirkan pelbagai aspek fizikal dan kehidupan yang dihasilkan dari bandar Kota Bharu ke suatu bentuk bandar Islam.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sastera
Pages: 175
Call Number: HT164.M4A974 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_121279+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.14 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.