Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/464274
Title: Kesan perencatan pengekspresan gen ekspansin terhadap komposisi dinding sel di dalam pertumbuhan hipokotil arabidopsis
Authors: Iqmal Asyraf Ilias (P72161)
Supervisor: Goh Hoe Han, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Arabidopsis
Protein kinase
Issue Date: 22-Jan-2017
Description: Ekspansin merupakan protein bukan enzim yang memainkan peranan penting dalam proses pelonggaran dinding sel dengan mengaruh pengenduran tekanan dan perkembangan dinding sel tumbuhan. Kajian terdahulu ke atas Arabidopsis, Petunia x hybrida dan tomato menunjukkan penindasan gen ekspansin di dalam tumbuhan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Penindasan gen ekspansin di dalam Arabidopsis transgenik yang ditransformasi dengan sistem pengekspresan terlampau melalui pengaruhan deksametason (Dex) menunjukkan pertumbuhan hipokotil semakin menurun mendekati fasa pemanjangan akhir. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan analisis kimia dinding sel dan transkriptomik untuk merungkai kesan penindasan gen ekspansin yang membawa kepada pemendekan hipokotil. Analisis spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR) terhadap dinding sel menunjukkan pemendekan pada hipokotil mungkin disebabkan oleh perubahan pada komposisi dinding sel melalui pengurangan selulosa dan pektin. Hasil yang sama juga diperoleh berdasarkan analisis kimia melalui proses pemecahan dinding sel di mana penurunan signifikan dilihat pada kandungan selulosa dan pektin tetapi tidak pada hemiselulosa. Pendekatan transkriptomik melalui penjujukan RNA (RNA-seq) menunjukkan terdapat 79 gen pengekspresan berbeza (DEG) yang terdiri daripada lima kumpulan fungsi utama dalam perkembangan dinding sel. DEG berkaitan menunjukkan perubahan pada pertumbuhan hipokotil mungkin terjadi melalui pengisyaratan daripada dinding sel sebagai tindak balas terhadap gangguan pengekspresan gen ekspansin. Hasil ini menunjukkan bagaimana pengawalaturan gen berkaitan dinding sel berlaku apabila perencatan gen ekspansin dilakukan. Kajian ini telah mengenalpasti kesemua gen CWR yang dipengaruhi oleh penindasan gen ekspansin sekaligus memberi gambaran bagaimana pengawalaturan gen dinding sel yang kompleks berlaku dan komponen lain yang bertindak balas dengan perubahan pengekspresan gen ekspansin.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 127
Call Number: QP752.P52I666 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_120897+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
27.15 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.