Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/464213
Title: Kajian terhadap prinsip-prinsip etika konvensional dan nilai-nilai dalam Islam sebagai garis panduan etika bioteknologi moden di Malaysia
Authors: Nur Asmadayana Hasim (P82944)
Supervisor: Latifah Amin, Prof. Dr.
Keywords: Biotechnology -- Religious aspects -- Islam
Islamic ethics
Biotechnology -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Jun-2018
Description: Walaupun kerajaan Malaysia telah mengenalpasti potensi manfaat bioteknologi terhadap ekonomi negara, masih terdapat kontroversi terhadap status etika dalam bioteknologi. Sehingga kini masih diperingkat awal garis panduan etika bioteknologi moden di Malaysia. Bagi membangunkan satu garis panduan etika bioteknologi, terdapat keperluan untuk menentukan tafsiran istilah utama dalam bioteknologi moden dan prinsip-prinsip panduan yang boleh diterima pakai oleh masyarakat Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti prinsip-prinsip etika konvensional dan Islam yang relevan dengan membandingkan persamaan prinsip-prinsip tersebut dan mengharmonikan terminologi dan tafsiran untuk membangunkan garis panduan etika dalam bioteknologi moden di Malaysia. Seramai 21 orang panel pakar mewakili pelbagai pihak kepentingan dalam komuniti bioteknologi ditemuramah dalam empat siri Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) berasingan. Para panel pakar terdiri daripada empat kumpulan iaitu (i) pembuat polisi dan keputusan yang mewakili kerajaan, (ii) pihak penyelidik yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan wakil-wakil daripada pihak industri yang berkaitan dengan bioteknologi (iii) ahli akademik dan organisasi bukan kerajaan (NGO) dan (iv) masyarakat sivil yang diwakili oleh badan-badan agama. Menariknya, hasil daripada analisis data FGD, kajian mendapati terdapat persamaan antara tradisi konvensional dan perspektif Islam. Semua panel pakar bersetuju bahawa definisi bioteknologi moden perlu merangkumi pengklonan yang didapati penting dalam garis panduan etika bioteknologi moden. Semua panel amat bersetuju dengan kerelevanan 20 prinsip-prinsip etika yang mendominasi kesasteraan konvensional dan Islam dengan sedikit penambahbaikkan terminologi dan definisi serta cadangan empat prinsip etika yang baru untuk dimasukkan dalam garis panduan ini. Hasil kajian juga boleh digunakan untuk pembangunan polisi-polisi garis panduan bioteknologi dan penambabaikkan yang berkaitan dengan penggunaan bioteknologi moden di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Falsafah
Pages: 231
Call Number: BJ1291.N847 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_118248+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.87 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.