Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/464209
Title: Klasifikasi ilmu menurut Shaykh Al-Faṭānī dalam Fatāwā Al-Faṭāniyyah
Authors: Muhammad Khatib Johari (P95180)
Supervisor: Roziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.
Keywords: Shaykh Aḥmad al-Faṭānī
Fatāwā Al-Faṭāniyyah
Peradaban Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Dec-2020
Description: Di Alam Melayu, sumbangan peradaban Islam sangat unggul kerana berjaya mewariskan sebuah tradisi keilmuan yang diwakili oleh barisan tokoh-tokoh penting. Antara tokoh utama yang banyak memberikan sumbangan pada abad ke-20M adalah Shaykh Aḥmad al-Faṭānī, (1856-1908M) iaitu pengarang bagi kitab Fatāwā Al-Faṭāniyyah (FF). Kajian lepas berjaya mengekstrak beberapa jenis ilmu daripada 107 buah fatwa di dalam FF. Namun, kajian lepas hanya mengkategori fatwa-fatwa berdasarkan jenis-jenis ilmu sahaja manakala penjelasan yang lebih penting berkaitan klasifikasi ilmu yang sepatutnya boleh mengangkat nilai peradaban Islam tidak diberikan perhatian khusus. Oleh yang demikian, kajian ini telah menjelaskan konsep klasifikasi ilmu dalam perspektif peradaban Islam disusuli dengan huraian biografi Shaykh Aḥmad al-Faṭānī dan seterusnya menganalisis enam buah fatwa yang tidak dibahas secara terperinci dalam kajian lepas pada perspektif klasifikasi ilmu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggabungkan teknik pengumpulan data dan teknik analisis data. Pengkaji menggunakan metode induktif bagi menganalisis hubungan klasifikasi ilmu dan fatwa di dalam FF. Seterusnya, dalam perbahasan enam buah fatwa yang merangkumi tema perbahasan akidah (Ilahiyah dan Nubuwwah), fiqah, tasawuf, bahasa dan sains tabii; pengkaji menggunakan metode deduktif dengan menggabungkan hujah umum daripada data kepustakaan bagi membentuk penyataan khusus. Dapatan kajian mendapati bahawa, peradaban Islam telah meraikan konsep klasifikasi ilmu secara tradisi dan ia bukan bersifat nukilan daripada peradaban Barat semata-mata. Kupasan terhadap biografi Shaykh Aḥmad al-Faṭānī telah mendedahkan keterlibatan beliau secara serius di dalam pelbagai jenis ilmu. Seterusnya, hasil analisis terhadap enam buah fatwa menunjukkan wujudnya hubungkait antara pendekatan klasifikasi ilmu dalam perbahasan fatwa. Dalam erti kata lain, ilmu-ilmu yang dibentangkan oleh Shaykh Aḥmad al-Faṭānī di dalam enam buah fatwa ini telah disusun kembali kepada tiga disiplin utama ilmu Islam iaitu akidah, fiqah dan tasawuf. Pendekatan klasifikasi ilmu oleh Shaykh Ahmad ini turut menyingkap maksud asal fatwa iaitu tidak mengehadkan perbahasan fiqah dalam aspek hukum-hakam sahaja.,Sarjana Peradaban Islam
Pages: 327
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_123600+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
2.3 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.