Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463991
Title: Perkahwinan warga Malaysia dan Indonesia: satu analisis permasalahan gender dan perundangan di Indonesia
Authors: Dilla Febrinda (P47699)
Supervisor: Rohani Abdul Rahim, Datin Paduka Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Marriage (Islamic law)
Issue Date: 6-Oct-2011
Description: Perkahwinan antara dua warga merupakan suatu institusi sosial yang kian di amalkan dalam masyarakat moden. Institusi perkahwinan di antara lelaki dan wanita di sahkan dan diuruskan menerusi perundangan khusus seperti Undang-undang Perkawinan No.1 tahun 1974 dan Undang-undang Kewarganegaraan No.12 tahun 2006. Perundangan ini mengurus hal-hal perkahwinan, perceraian, pemberian nafkah serta urusan perwarisan pihak-pihak dalam perkahwinan. Keupayaan manusia untuk bergerak dengan lebih selesa dan efisien daripada suatu tempat kepada suatu tempat untuk pelbagai tujuan seperti pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan melancong menyebabkan berlaku pertambahan perkahwinan antara dua warganegara. Kaedah pengangkutan yang efisien menjadikan dunia boleh diakses dengan cepat serta pergaulan sosial dan perhubungan berlaku dengan mudah sehingga menghasilkan perkahwinan, termasuk di kalangan warga Malaysia dan Indonesia. Keperluan mematuhi perundangan domestik dan perundangan di negara asal menimbulkan kesukaran bagi pasangan sehingga berlaku perkahwinan yang di amalkan secara liberal seperti kahwin sirri, kahwin bawah tangan, kahwin kontrak, kahwin mutaah yang menggambarkan sifat perkahwinan sementara dan tersembunyi. Akibat perkahwinan yang sebegini, wanita dan anak-anak menjadi mangsa kepada pihak yang cuba mengelakkan tanggungjawab sebagai bapa. Tesis ini melibatkan kajian mendalam terhadap perkahwinan antara warga Malaysia dan Indonesia yang tidak didaftarkan di Indonesia. Kajian menjawab beberapa persoalan di antaranya ialah meninjau sejauh mana undang-undang Indonesia khususnya, Undang-undang Perkawinan No.1 tahun 1974 dan Undang-undang Kewarganegaraan No.12 tahun 2006 dan perundangan yang berkaitan dapat memberikan perlindungan kepada mangsa wanita. Kajian ini juga menggunakan kaedah kajian sosio-perundangan dan pendekatan kualitatif dengan mengutamakan kaedah deskripsi, kajian mendalam dan mengkaji secara holistik berhubung permasalahan perkahwinan tersebut. Kajian kes juga di gunakan bagi mendalami permasalahan yang sedang dikaji. Pengumpulan data menggunakan kaedah temu ramah, bahan rujukan daripada perpustakaan, statut, akhbar, laman web dan sebagainya. Hasil daripada kajian ini boleh dibuat beberapa kesimpulan. Di antaranya, perkahwinan di antara dua warga memerlukan perundangan dan prosedur yang lebih baik bagi menjamin wanita dan anak-anak daripada menjadi mangsa; syarat perkahwinan khususnya “niat berkahwin” juga perlu jelas dan kerjasama lebih baik perlu dilakukan di antara kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia bagi mengendalikan soal-soal perkahwinan dua warganegara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 106
Call Number: C63.DIL 2012 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_122919+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
587.56 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.