Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463981
Title: Penjagaan pesakit mental oleh keluarga dalam komuniti di Malaysia: satu kajian sosio-perundangan
Authors: Nur Aina Syafiqah Azawawi (P85072)
Supervisor: Anisah Che Ngah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Psychotherapy patients
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Mar-2018
Description: Selaras dengan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615), Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan dasar melepaskan pesakit mental yang tidak kronik ke dalam komuniti dengan dijaga oleh ahli keluarga sendiri. Hal ini selari dengan saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggalakkan pemulihan pesakit mental menerusi pergaulan dalam komuniti. Setakat ini, pengkaji mendapati belum ada kajian khusus dijalankan berkaitan dengan penjagaan pesakit mental oleh keluarga dalam komuniti dari sudut undang-undang. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untukmengenal pasti apakah undang-undang sedia ada berkaitan penjagaan pesakit mental oleh keluarga dalam komuniti. Ini akan meliputi peruntukan statut, dasar, perundangan kecil, serta garis panduan yang berkaitan. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kualitatif di mana data primer dikumpulkan melalui temuduga dan pemerhatian manakala data sekunder diperolehi daripada sumber bertulis seperti dasar kerajaan, buku, jurnal dan sebagainya. Dapatan menunjukkan bahawa Akta Kesihatan Mental 2001 dan Dasar Kesihatan Mental Negara 1997 masih belum mantap untuk menangani cabaran yang dihadapi dalam tadbir urus penjagaan pesakit mental dalam komuniti sama ada dari aspek undang-undang mahu pun sosial. Oleh itu, kajian ini mengesyorkan beberapa cadangan untuk memantapkan penjagaan pesakit mental dalam komuniti yang menggalakkan pemulihan pesakit mental dan pada masa yang sama menjaga kebajikan penjaga keluarga.,Sarjana Undang-undang
Pages: 105
Call Number: C75.NUR 2018 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119802+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
1.19 MBAdobe PDFView/Open
ukmvital_119802+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.1 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.