Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463813
Title: Pembangunan biosensor aspartam dan urea menggunakan mikrosfera akrilik
Authors: Noor Izaanin Ramli (P41601)
Supervisor: Lee Yook Heng, Prof. Dr.
Keywords: Biosensors
Medical instruments and apparatus
Acrylic resins
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-May-2011
Description: Kajian ini fokus kepada pembangunan biosensor potentiometrik yang menggunakan mikrosfera akrilik untuk pemegunan enzim dalam pengesanan aspartam dan urea di dalam sampel minuman. Pengesanan aspartam dan urea dipilih kerana bahan ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan jika diambil secara berlebihan. Mikrosfera akrilik digunakan sebagai tapak pemegunan enzim kerana luas permukaan yang tinggi yang dapat mempercepatkan proses elektrokimia dan resapan, seterusnya memperbaiki julat rangsangan serta merendahkan had pengesanan. Mikrosfera akrilik yang terdiri daripada campuran n-butil akrilat dan n-akriloksisuksinimida disintesis secara foto-pempolimeran. Enzim dipegunkan pada permukaan sfera polimer akrilik secara kovalen melalui tindak balas antara kumpulan amina pada enzim dengan kumpulan suksinimida pada sfera akrilik. Kajian menggunakan mikroskopi electron pengimbas (SEM) dan analisis taburan saiz sfera menunjukkan sfera polimer akrilik ini menghasilkan sfera dari 35 nm hingga 450 μm. Pencirian sfera polimer akrilik dilakukan dengan mengguna kalorimeter imbasan pembezaan (DSC) dan analisis termogravimetri (TGA) menunjukkan bahawa sfera polimer akrilik mempunyai sifat fizik yang sesuai untuk pembangunan biosensor. Sfera polimer yang telah dicirikan seterusnya digunakan dalam pembangunan biosensor. Enzim karboksil esterase dan urease masing-masing digunakan untuk penentuan aspartam dan urea dalam minuman. Biosensor aspartam direkabentuk dengan elektrod bercetak skrin Ag/AgCl yang dilapisi membran pemilih ion hidrogen dan sfera akrilik terpegun karboksil esterase. Didapati julat rangsangan linear aspartam adalah antara 10-5 M hingga 10-2 M dengan kepekaan menghampiri nilai teori Nernst dan had pengesanan 4.67 μM. Kebolehulangan dan kebolehasilan juga memuaskan dengan sisihan piawai relative (RSD) masing-masing 1.85 % dan 1.55 % (n = 3). Kajian kepilihan yang menggunakan fenilalanina, sisteina, leusina, sorbitol dan glukosa tidak menunjukkan gangguan. Walau bagaimanapun, penggunaan asid askorbik dan asid glutamic memberi gangguan yang rendah terhadap biosensor aspartam. Kajian masa hayat menunjukkan biosensor dapat digunakan sehingga 38 hari dengan penurunan rangsangan hampir 50 %. Kajian perolehan semula menggunakan minuman bikarbonat sebagai sampel sebenar menunjukkan hasil yang memuaskan dan dapat dibandingkan dengan kaedah konvensional HPLC (peratusan perolehan semula antara 111 - 118 %, R2 = 0.994). Bagi biosensor urea pula, sfera akrilik terpegun urease dipegunkan pada transduser pemilih ammonium transistor kesan medan (ISFET) dan julat rangsangan linear yang diperolehi adalah dari 10-4 M hingga 10-1 M dengan nilai RSD bagi kebolehulangan dan kebolehasilan adalah masing-masing 5.6 % dan 5.84 % (n = 3). Kepilihan biosensor untuk urea dalam kehadiran ion pengganggu natrium dan kalsium adalah baik kecuali bagi ion kalium. Kajian perolehan semula dengan sampel susu memberikan nilai peratus perolehan semula antara 85 % hingga 107 % (R2 = 0.99). Berdasarkan keputusan yang diperoleh bagi kedua-dua biosensor aspartam dan urea, penggunaan mikrosfera dalam pemegunan enzim secara kovalen dapat memperbaiki julat rangsangan dan had pengesanan biosensor berbanding dengan beberapa biosensor yang pernah dilaporkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 153
Call Number: R857.B54N644 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_114725+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
813.33 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.