Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463791
Title: Pencirian, pengeklonan dan pengekspresan gen mengekod subtilisin daripada yis psikrofil, Glaciozyma antarctica PI12
Authors: Siti Mardhiah Mustafha (P72811)
Supervisor: Farah Diba Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Subtilisin
Enzim
Gen
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Aug-2019
Description: Subtilisin merupakan protease serina yang sering digunakan dalam aplikasi industri terutamanya industri detergen. Enzim ini dipencilkan daripada mikroorganisma mesofil dan termofil. Hanya sedikit maklumat diketahui tentang subtili sin yang dipencilkan daripada mikrob psikrofil. Enzim psikrofil mempunyai kecekapan katalitik yang tinggi berbanding enzim mesofil pada suhu rendah. Enzim psikrofil ini telah menjadi sasaran yang berpotensi untuk industri kerana penggunaannya mampu menjimatkan tenaga dalam pemprosesan enzimatik. Tujuan muktamad penyelidikan ini adalah untuk memperoleh subtilisin rekombinan aktif untuk manfaat industri. Pada peringkat awal, asaian protease dilakukan ke atas ekstrak kasar protein Glaciozyma antarctica PI12 yang telah dikulturkan pada suhu 12 12℃ di dalam medium minimal yang mengandungi kasein 2%. Asai enzim ini mengesahkan kehadiran protease serina walaupun pada aktiviti yang rendah 0.1 Umg 1 . Seterusnya, analisis bioinformatik ke atas data genom G. antarctica PI12 digunakan untuk memilih dua ge n yang mengekod subtilisin iaitu GaSUB 1 dan GaSUB 2. cDNA kedua dua gen ini telah diklon ke dalam vektor pengeklonan pGEM®-T Easy sebelum disubklonkan ke dalam vektor pengekspresan Escherichia coli , pET30 Ek/LIC dan vektor pengekspresan Pichia pastoris , pPICZαC. Rangka bacaan terbuka GaSUB 1 dan GaSUB 2 mengekodkan 375 asid amino yang mempunyai 49% identiti jujukan dengan protein hipotetikal PSTG yis Puccinia striiformis dan 529 asid amino yang mempunyai 67% identiti jujukan dengan peptidase S8/S53 yis Leucosp oridium creativinorum , masing masing. Analisis bioinformatik mendedahkan protein Ga SUB1 dan Ga SUB2 mengandungi motif katalisis daripada keluarga protease subtilisin S8. Model ramalan Ga SUB1 dan Ga SUB2 yang dibina berdasarkan pemodelan homologi memperlihatk an struktur gegelung yang lebih panjang dan bilangan interaksi intramolekul antara asid amino yang kurang apabila dibandingkan dengan subtilisin mesofil dan termofil. Ciri ciri tersebut diketahui dapat membantu kelenturan struktur protein psikrofil. Pencir ian bioinformatik terhadap dua model protein ini turut mencadangkan bahawa kedua dua enzim ini mempamerkan ciri ciri unik sebagai enzim aktif sejuk. Pengekspresan subtilisin dilakukan menggunakan sistem pengekspresan E. coli dengan beberapa pengoptimuman s eperti penggunaan hos pengekspresan, suhu eraman dan kepekatan aruhan metanol yang berbeza. Walaubagaimanapun, Ga SUB1 dan Ga SUB2 telah terekspres sebagai jasad inklusi pada saiz sasaran iaitu ~42 kDa dan ~60 kDa, masing masing. Seterusnya kedua dua gen ter sebut telah diekspres menggunakan sistem pengekspresan P. pastoris dengan beberapa pengoptimuman tetapi, profil pengekspresan adalah tidak konsisten. Kedua dua sistem pengeskpresan gagal menghasilkan protein subtilisin rekombinan terlarut. Beberapa percubaan untuk mengekspres Ga SUB1 dan Ga SUB2 berdasarkan beberapa siri pengoptimuman tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Ini berkemungkinan disebabkan subtilisin rekombinan dan natif mengalami proteolisis, agregasi atau penghasilan enzim yang sangat rendah untuk dikesan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 197
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_111726+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.51 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.