Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463775
Title: Pengenalpastian dan pencirian protein hipotetikal Burkholderia pseudomallei yang dipindah secara mendatar
Authors: Nur Syamimi Yusoff (P69652)
Supervisor: Mohd Firdaus Mohd Raih, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bacterial transformation
Burkholderia pseudomallei
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Jan-2019
Description: Burkholderia pseudomallei adalah saprofit tanah dan agen penyebab penyakit melioidosis yang boleh ditemui dalam pelbagai hos sepeti manusia, haiwan dan tumbuhan. Genom B. pseudomallei masih dianggap 'terbuka' dan kadar pemindahan gen secara mendatar yang menyumbang kepada kepelbagaian genom adalah sangat tinggi termasuklah gen yang mengekod protein hipotetikal. Protein yang dianotasi sebagai hipotetikal adalah protein yang tidak diketahui fungsi, namun pencarian dalam pangkalan data terkini menunjukkan sebahagian dari protein ini tidak lagi dikategorikan sebagai hipotetikal. Akibat kekurangan informasi, protein ini jarang dikaji oleh penyelidik dan kesan pemindahan protein ini terhadap organisma masih menjadi persoalan. Oleh itu, protein yang dikenal pasti masih hipotetikal selepas saringan serta berpotensi mengalami pemindahan secara mendatar antara empat genom pencilan B. pseudomallei (D286, H10, PMC2000 dan R15) dengan organisma bukan-Burkholderia telah dikenal pasti pada peringkat awal melalui analisis homologi. Dalam kajian ini, lima jujukan telah dibincangkan berdasarkan ciri-ciri pemindahan gen secara mendatar yang dimiliki seperti mempunyai jujukan homolog dari organisma berkait jauh, terletak di dalam pulau genom, kewujudan unsur boleh alih dan berkait faj yang berhampiran serta pengelompokan bersama organisma berkait jauh dalam pohon protein yang dihasilkan. Pencirian berasaskan jujukan dan struktur terhadap kelima protein kajian turut dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai protein berkenaan. Kajian ini menunjukkan pemindahan gen secara mendatar antara B. pseudomallei dengan spesies berkait jauh juga boleh berlaku di kalangan protein hipotetikal, secara tidak langsung menggambarkan kepentingan protein ini terhadap B. pseudomallei walaupun fungsi sebenar masih belum jelas. Pemindahan protein hipotetikal ini mungkin menyumbang kepada keunikan B. pseudomallei yang menjadikan spesies ini berbeza dengan spesies lain di bawah genus Burkholderia yang sama.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 121
Call Number: QH448.4.N837 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_110787+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.