Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463774
Title: Tindak balas ekofisiologi tiga spesies tumbuhan renek Tropika terhadap peningkatan karbon dioksida dan rejim air
Authors: Wan Nur Ain Mat Nasir (P74679)
Supervisor: Wan Juliana Wan Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Shrubs
Ecophysiology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Feb-2019
Description: Peningkatan CO2 atmosfera menyebabkan perubahan dalam kebanyakan spesies tumbuhan daripada segi ciri fisiologi dan pertumbuhan pokok namun kajian dilaporkan bagi spesies renek tropika yang tumbuh di kawasan bandar atau pun tempat terbuka adalah terhad. Kajian ini menentukan kesan peningkatan CO2 dan rejim air tiga spesies renek iaitu Melastoma malabathricum, Clidemia hirta dan Tibouchina urvilleana di rumah teduh pada kepekatan CO2 ambien sebagai kawalan dan di rumah hijau bumbung terbuka pada CO2 berganda dengan perbezaan dimana spesies M. malabathricum ditanam dengan kaedah biji benih manakala dua spesies lain dengan kaedah keratan batang. Rawatan berganda CO2 ialah dedahan 800 ppm setiap hari dari 9.30 hingga 11.30 pagi selama enam bulan. Rawatan rejim air bagi setiap rawatan CO2 ialah pokok disiram samada sekali atau dua kali sehari. Pertumbuhan pokok dipantau melalui ukuran ketinggian, diameter batang, luas serta bilangan daun dan direkodkan setiap dua minggu. Biojisim pokok direkodkan pada akhir eksperimen. Penilaian fisiologi ditentukan melalui kekonduktans stomata, kadar transpirasi, kadar fotosintesis dan kecekapan penggunaan air. Hasil menunjukkan peratusan peningkatan ketinggian pokok M. malabathricum dan T. urvilleana lebih banyak pada CO2 berganda dan sebaliknya pada C. hirta. Ketiga-tiga spesies pada dedahan CO2 berganda menunjukkan peningkatan diameter pokok yang lebih tinggi berbanding pokok pada CO2 ambien. Begitu juga bagi parameter luas daun. Bagi bilangan daun juga, ketiga-tiga spesies kajian menunjukkan bilangan daun yang lebih banyak pada CO2 berganda berbanding CO2 ambien. Rawatan rejim air menunjukkan tidak banyak perbezaan bilangan daun di antara pokok dengan kadar siraman sekali dan dua kali untuk ketiga-tiga spesies. Spesies M. malabathricum dan T. urvilleana menunjukkan biojisim bawah tanah yang lebih tinggi manakala C. hirta menunjukkan biojisim atas tanah yang lebih tinggi pada CO2 berganda. Hanya parameter ketinggian pokok dan luas daun yang bertindakbalas dengan rejim air iaitu kadar siraman dua kali mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding kadar siraman sekali. Bagi kadar fotosintesis pula, ketiga-tiga spesies menunjukkan corak berbentuk loceng. Kedua-dua M. malabathricum dan T. urvilleana menunjukkan kadar fotosintesis yang lebih tinggi bagi tumbuhan pada CO2 ambien tetapi bagi C. hirta, tumbuhan pada CO2 berganda hanya mula menunjukkan kadar fotosintesis yang meningkat pada dua bulan terakhir eksperimen. Kekonduktans stomata dan kadar transpirasi bagi ketiga-tiga spesies menunjukkan nilai yang lebih tinggi pada CO2 ambien dan juga menunjukkan corak berbentuk loceng sepanjang eksperimen dijalankan. Bagi kecekapan pengunaan air, hanya M. malabathricum menunjukkan kadar kecekapan penggunaan air yang lebih tinggi pada CO2 ambien manakala spesies lain menunjukkan nilai yang lebih tinggi pada CO2 berganda. Rawatan rejim air mempengaruhi kadar kecekapan penggunaan air dan tidak memberikan kesan yang ketara kepada kadar fotosintesis, kekonduktans stomata dan kadar transpirasi. Kesimpulannya, kesan positif peningkatan CO2 paling menonjol pada M. malabathricum dan T. urvilleana berbanding C. hirta. Tindakbalas fisiologi ketiga-tiga spesies renek ini memberi indikasi bahawa spesies tersebut mampu memanfaatkan peningkatan CO2 di kawasan bandar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 136
Call Number: QK475.W336 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_110786+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
862.43 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.