Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463770
Title: Kajian kesan antikulat serbuk kulit kayu manis dalam komposit kayu plastik
Authors: Nurul Izzaty Khalid (P69847)
Supervisor: Azizah Baharum, Dr.
Keywords: Antikulat
Kayu manis
Pengawet
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Jan-2018
Description: Penggunaan bahan pengawet atau bahan yang memberi kesan antikulat semasa proses pengadunan komposit kayu plastik telah dilaporkan. Namun, bahan pengawet untuk merencatkan pertumbuhan kulat selalunya adalah bertoksik dan tidak mesra alam. Terdapat kajian membuktikan keberkesanan kulit kayu manis dalam bentuk minyak pati berupaya merencatkan pertumbuhan kulat seperti pada papan serabut berketumpatan sederhana. Oleh itu kajian menggunakan serbuk kulit kayu manis (SKKM) sebagai bahan anti kulat telah dilakukan dalam kajian ini kerana pengenalan kulit kayu manis dalam bentuk serbuk adalah pertama kali dikaji. Pada peringkat awal, hasil ujian pra-biologi menunjukkan pertumbuhan kulat secara kasarnya pada bahan asas komposit iaitu polipropilena (PP), polipropilena cangkukan maleik anhidrida (PPMA) dan serbuk kayu getah (SKG). Analisis kromatografi gasspektrometer jisim (GC-MS) menunjukkan kehadiran sinamaldehid dalam minyak pati kulit kayu manis. Kulit kayu manis dalam bentuk minyak pati terbukti dapat merencatkan pertumbuhan kulat Pleuorotus pulmonarius di atas media agar kentang dekstrosa (PDA). Kandungan SKKM sebanyak 28% dipilih sebagai kandungan optimum untuk melambatkan pertumbuhan kulat pada substrat SKG yang mana mengambil masa selama 43 hari. Komposit dihasilkan daripada pengadunan SKG dan PP dengan komposisi 70:30 menggunakan mesin pengadun dalaman Thermo Haake Rheomix model 300. Proses pengadunan komposit kayu plastik dilakukan pada suhu 170 °C selama 13 minit dengan kelajuan rotor 50 rpm. Kesan penambahan SKKM 28% dan PPMA 3% ke atas sifat mekanik dan serapan air komposit SKG/PP/SKKM/PPMA telah dikaji. Analisis sifat mekanik menunjukkan komposit yang ditambah dengan SKKM dan PPMA memiliki bacaan kekuatan kelenturan, kekuatan hentaman dan kekerasan yang paling tinggi sama ada sebelum mahupun selepas menjalani proses pengkulturan kulat. Sebelum pengkulturan kulat, kekuatan kelenturan, kekuatan hentaman dan kekerasan masing-masing adalah sebanyak 42.6 MPa, 2.2 kJ/m2 dan 30.6. Manakala kekuatan kelenturan, kekuatan hentaman dan kekerasan komposit selepas enam minggu pengkulturan kulat masing-masing ialah 23.5 MPa, 2.0 kJ/m2 dan 20.8. Kesan penambahan SKKM dan PPMA berjaya mengurangkan serapan air dengan lebih baik berbanding komposit lain sebanyak 54.6%. Analisis morfologi mendapati miselia pada komposit SKG/PP/SKKM adalah lebih jelas berbanding pada komposit SKG/PP dan miselia semakin menebal selepas empat minggu pengkulturan akibat kesukaran untuk menembusi sistem komposit. PPMA (3%) dapat menambahbaik sifat mekanik dan serapan air bagi komposit. Penambahan SKKM (28%) pula dapat memberi kesan perencatan aktiviti kulat pada komposit namun tidak begitu ketara sepertimana perencatan yang ditunjukkan dalam pra-ujian biologi.,Sarjana Sains
Pages: 84
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_110296+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.88 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.