Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463654
Title: Pengenalpastian dan pengesahan calon-calon RNA tidak mengekod dalam Burkholderia pseudomallei
Authors: Chai Shiao Fei (P58601)
Supervisor: Mohd Firdaus Mohd Raih, Prof. Madya Dr.
Keywords: Burkholderia pseudomallei
Melioidosis
Bioinformatik
Gen ncRNA
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Jan-2016
Description: Burkholderia pseudomallei merupakan agen yang menyebabkan melioidosis, sejenis penyakit yang menjangkiti manusia dan binatang. Kebelakangan ini terdapat banyak RNA kecil tidak mengekod (ncRNAs) telah dikenalpastikan di dalam eubakteria, arkea dan juga eukariot. Gen-gen ncRNA yang mempunyai fungsi-fungsi penting telah dilaporkan di dalam pelbagai organism untuk mengenalpasti bilangan dan taburan gen-gen ncRNA supaya pemahaman yang lebih mendalam tentang fungsi dan sifat gen serta komposisi genom boleh diperolehi. ncRNA baru di dalam bakteria telah ditemui dengan menggunakan strategi pencarian bioinformatik yang melibatkan jujukan nukleotid terpelihara dan struktur sekunder daripada RNA berfungsi tersebut. Dalam kajian ini, calon-calon ncRNA B.pseudomallei yang telah diramal menggunakan kaedah bioinformatik telah disahkan. Sebanyak lima belas calon ncRNA dipilih daripada ramalan bioinformatik telah diuji dengan tindakbalas berantai polymerase transkripsi berbalik (RT-PCR), sembilan calon telah berjaya dikesan. Selain daripada itu, antara sembilan calon yang disahkan dengan RTPCR, lapan calon disahkan sekali lagi dengan penjujukan Sanger. Penjujukan RNA telah menunjukkan sembilan puluh lima calon ncRNA diekspres dalam semua keadaan yang dikaji (normal, M9, NaCl 3%, pH4 dan pH9) dan calon-calon yang dipelihara dalam spesis Burkholderia mungkin memainkan peranan penting dalam pelbagai laluan pengawalaturan.Empat calon ncRNA yang telah disahkan juga telah dikaji aras pengekspresannya pada keadaan kepayahan yang berlainan melalui RT-PCR kuantitatif. Aras pengekspresan kempat-empat calon yang berbeza dalam keadaan pertumbuhan yang lain telah mencadangkan calon-calon ncR NA memainkan peranan yang penting dalam pengebaran isyarat persekitaran apabila sel-sel mengalami keadaan pertumbuhan yang suboptimal dan payah. Dalam kajian ini calon ncRNA 2_Cand287_SIPHT juga didapati bertranskripsi bersama dengan purF dan metZ. Hal ini mencadangkan bahawa potensi ncRNA ini sebagai unsur bertindak cis dalam pengawalaturan pengekspresan purF dan metZ adalah tinggi kerana Bp2_Cand287_SIPHT didapati pada hulu gen-gen yang terlibat dalam metabolisme methionine di kebanyakan genom. Data yang diperolehi dalam kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk menentukan fungsi calon-calon ncRNA dalam B. pseudomallei.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 70
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_85655+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
404.4 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.