Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463591
Title: Sintesis dan pencirian sifat optik titik kuantum kadmium sulfida dan nanokomposit (zink-kadmium sulfida & zink oksida-kadmium sulfida)
Authors: Ruhana Liyana Mohd Lawi (P52450)
Supervisor: Bohari M. Yamin, Prof.
Keywords: Kadmium sulfida
Titik kuantum
Nanokomposit
Zink oksida
Zink asetat
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Nov-2012
Description: Kadmium sulfida merupakan salah satu sebatian titik kuantum yang mendapat perhatian para penyelidik kerana pancaran cahaya mampu diboleh-ubah akibat kesan pengurungan kuantum. Tahap kestabilan, saiz, dan taburan titik kuantum memainkan peranan penting terhadap sifat optik bahan yang terhasil. Maka, kajian sistematik terhadap kaedah sintesis dan prekursor yang sesuai dijalankan berterusan untuk mendapatkan titik kuantum kadmium sulfida yang mempunyai sifat optik yang menarik. Dalam kajian ini, titik kuantum disediakan oleh tindak balas kadmium asetat dan natrium sulfida dalam pelarut etanol. Trietanolamina digunakan sebagai agen topeng untuk memperoleh sebatian titik kuantum bersaiz kecil yang homogen melalui proses penopengan. Nisbah kepekatan trietanolamina kepada kadmium sulfida didapati mempengaruhi sifat optik larutan. Daripada spektrum penyerapan dan pendarfluor, semakin tinggi nisbah trietanolamina kepada kadmium sulfida anjakan puncak adalah ke arah panjang gelombang yang lebih pendek. Ini menunjukkan kesan penurunan saiz bahan. Saiz purata zarah yang dikira melalui diffraktogram pembelauan sinar-X turut menyokong penurunan saiz apabila kepekatan trietanolamina meningkat. Mikroskop elektron transmisi menunjukkan morfologi yang bergumpal dan mempunyai saiz kurang dari 10 nm. Spektrum inframerah transformasi fourier mengesahkan kehadiran trietanolamina dalam sampel. Campuran larutan titik kuantum kadmium sulfida dengan nanozarah zink oksida dan zink asetat menghasilkan puncak pancaran yang mempunyai keamatan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding larutan titik kuantum kadmium sulfida sahaja. Kesan yang sama dapat dilihat apabila cecair ionik bersuhu bilik 1-butil-3-metilimidazolium bis(trifluorometanesulfonil) imida, [BMIM][NTf2] menggantikan trietanolamina bagi nanokomposit kadmium sulfida. Diffraktogram pembelauan sinar-X, imej mikroskopi elekton transmisi, spektrum penyerapan ultralembayung cahaya nampak, nilai tenaga jurang jalur dan analisis inframerah bagi setiap sampel juga dibincangkan dengan terperinci.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 100
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_84468+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
320.06 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.