Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/463590
Title: Komposisi zarahan terampai dan gas daripada pembakaran tanah gambut
Authors: Murnira Othman (P59516)
Supervisor: Mohd Talib Latif, Prof. Madya Dr.
Keywords: Zarahan terampai
Gas
Tanah gambut
Pembakaran
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Nov-2012
Description: Kawasan tanah gambut sering dieksploitasi bagi aktiviti pertanian menyebabkan kawasan tersebut terdedah kepada masalah pembakaran dan menghasilkan bahan pencemar di atmosfera yang memberi implikasi kepada kualiti udara. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti elemen yang terhasil semasa pembakaran tanah gambut iaitu gas SO2, NO2, CO, O3 dan PM10 bersama komposisi anion, kation, logam berat dan levoglukosan. Persampelan tanah gambut dijalankan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan sebanyak tiga kali di setiap kawasan. Satu kaedah pembakaran tanah direkabentuk bagi menentukan emisi pembakaran tanah gambut di makmal. Penentuan gas daripada pembakaran tersebut adalah berdasarkan kaedah kolorimeter selepas udara diserap ke dalam larutan penyerap bagi setiap gas menggunakan pam udara yang kemudiannya dianalisa dengan menggunakan spektrometer ultra lembayung, manakala kepekatan PM10 ditentukan menggunakan pensampel udara isipadu rendah berdasarkan perbezaan berat kertas turas sebelum dan selepas persampelan. Kandungan anion di dalam PM10 telah ditentukan menggunakan kromatografi ion manakala penentuan kation dan logam berat dijalankan menggunakan spektroskopi jisim pancaran plasma gandingan aruhan (ICP-MS) bagi sampel-sampel yang telah diekstrak. Penentuan levoglukosan pula telah dijalankan menggunakan kaedah Kolorimetri Anthrone-Sulfuric. Hasil kajian ini menunjukkan CO adalah gas dominan yang terhasil dengan julat kepekatan 13850 - 20610 µg m-3 manakala kepekatan gas-gas lain adalah di dalam julat 608 - 831 µg m-3 bagi NO2, 113 - 367 µg m-3 bagi SO2 dan 76 - 156 µg m-3 bagi O3. Kepekatan PM10 dalam tempoh satu jam memberikan julat 778 - 3444 µg m-3 manakala kepekatan logam berat di dalam PM10 pula menunjukkan turutan Zn > Al > Fe > Cr > Pb > Cu > Ni > Cd. Ion NO3- mempunyai kepekatan tertinggi dengan purata 217 ± 82.0 µg m-3 diikuti SO42-, Cl- dan F- manakala Na+ mempunyai kepekatan tertinggi bagi kation dengan purata 46.2 ± 37.1 µg m-3 diikuti Ca2+, K+ dan Mg2+. Selain itu, penunjuk kepada pembakaran biojisim iaitu levoglukosan di dalam PM10 adalah berjulat 1.44 - 3.9 µmol m-3 membuktikan kehadiran bahan organik semasa pembakaran. Hasil kajian ini menunjukkan pembakaran tanah gambut menghasilkan pelbagai bahan pencemar udara yang juga memberi kesan kepada persekitaran dan tindak balas kimia atmosfera.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 185
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_84467+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
225.65 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.