Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/460290
Title: Amalan pemberian makanan bayi dan kanak-kanak bawah dua tahun dalam kalangan kaum Penan di pedalaman Sarawak
Authors: Bong Mee Wan (P83979)
Supervisor: Norimah A. Karim, Prof. Dr.
Keywords: Makanan bayi
Kanak-kanak
Kumpulan makanan
Kaum Penan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Mar-2019
Description: Populasi kaum Penan di Sarawak adalah dianggarkan seramai 16,000 orang dan kebanyakannya menetap di kawasan pedalaman. Tujuan kajian hirisan lintang ini adalah untuk menilai status pemakanan dan mengenalpasti amalan pemakanan bayi dan kanak – kanak dalam kalangan kanak-kanak Penan. Subjek kajian terdiri daripada 121 orang kanak – kanak berumur di bawah dua tahun. Status pemakanan bayi dan kanak – kanak dinilai dan dikategorikan mengikut rujukan WHO Growth Standards (2006). Sebanyak 5.8% subjek didapati susut, 43.0% terbantut dan 29.8% dikategorikan sebagai kurang berat badan. Peratus penyusuan susu ibu esklusif dalam kalangan bayi berumur bawah 6 bulan adalah 44.4%. Sebanyak 85.7% bayi didapati mencapai indikator pengenalan makanan pepejal, separa-pepejal dan lembut. Pencapaian bagi indikator minimum dietary diversity (MDD) adalah 76.6% manakala minimum meal frequency (MMF) adalah 83.0%. Dalam kalangan subjek yang mencapai indikator MDD, 64.9% telah diberikan sekurang - kurangnya 4 hingga 5 kumpulan makanan. Lebih separuh (55.3%) subjek mencapai indikator minimum acceptable diet (MAD). Pencapaian indikator pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi adalah 77.7%. Faktor – faktor MDD, MMF dan MAD tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan status pemakanan. Hasil analisis data kualitatif adalah lima tema berkaitan pemberian makanan kanak – kanak iaitu amalan pemberian makanan pelengkap yang kurang sesuai kepada bayi dan kanak-kanak, susah untuk mendapatkan makanan, amalan pantang larang pemberian makanan, pengetahuan pemakanan ibu yang terhad serta amalan berkongsi makanan. Peratus kanak – kanak Penan yang bantut dan kekurangan berat badan didapati tinggi dalam kajian ini. Penyampaian mesej tepat mengenai amalan pemberian makanan pelengkap dan kaunseling pemakanan perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan amalan pemberian makanan pelengkap bayi dan kanak – kanak kecil serta status pemakanan dalam kalangan kanak – kanak Penan.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 163
Call Number: WS120.B713a 2019 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_106002+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
343.24 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.