Please use this identifier to cite or link to this item: http://ptsldigitalv2.ukm.my:8080/jspui/handle/123456789/459247
Title: Metode Idris al–Marbawi dalam mentafsirkan Surah al-Baqarah: kajian terhadap manuskrip Tafsir al-Qur'an Marbawi yang ringkas
Authors: Abdul Rahim Mohd Ali (P70893)
Supervisor: Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Tafsir al-Qur'an
Terjemahan al-Qur'an
Qur'an -- Surat al-Baqarah -- Criticism
interpretation
etc.
Issue Date: 29-Aug-2017
Description: Khazanah ilmiah seumpama manuskrip merupakan karya terhebat cendekiawan Islam Nusantara terdahulu antaranya manuskrip Kitab Tafsir Qur'an Marbawi yang ringkas karangan Sheikh Idris al-Marbawi perlu pemeliharaan yang berterusan sama ada pada kitabnya mahupun pembaharuan penyusunannya, namun belum ada lagi kajian akademik yang dilakukan bagi memastikan karya ini dihayati dan dihargai generasi kini. Objektif kajian ialah mengenengahkan biografi pengarang kitab, menganalisis metode penulisan dan penyusunan terhadap manuskrip lengkap ini secara umum dan mengkaji metode terhadap isi kandungan dengan memfokuskan kepada surah al-Baqarah. Metodologi kajian berdasarkan penyelidikan kepustakaan yang berbentuk analisa dokumen dan metode penganalisaan data secara deskriptif. Hasil kajian mendapati Sheikh Idris al-Marbawi meletakkan beberapa gaya penulisan dan mengaplikasikan bentuk penterjemahan secara tafsiriyyah dan harfiyyah sebagai bentuk utama. Bentuk utama ini dilengkapkan dengan empat metode kecil iaitu struktur tatabahasa dan susunan ayat klasik, bahasa dialek utara, serapan perkataan dan singkatan perkataan dalam penterjemahan di dalam manuskrip ini. Kajian ini memberikan sumbangan kepada masyarakat Islam bagi mengenali Sheikh Idris al-Marbawi dengan mengangkat karya terjemahan beliau ini dan menelusuri terhadap karya kitab-kitab yang lain. Kajian mencadangkan ruang kajian diperluaskan kepada pelbagai aspek dan ruang ilmu pentafsiran al-Qur'an secara akademik dan usaha kearah memartabatkan bidang terjemahan al-Qur'an di negara ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 117
Call Number: BP128.17.A237 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_98613+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.65 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.